Saturday, May 24, 2008

HANG MAI MANA…???

Kuala Lumpur

Dari mana datangnya minat berekreasi…..??? minat berekreasi memang ada pada saya sejak kecil lagi…. Semasa dibangku sekolah lagi saya dah cenderong kepada aktiviti luar..tapi sayang di peringkat itu minat saya tak dapat di kesan oleh penjaga saya semasa itu. Saya tinggal bersama datuk saya di Kg. Malaysia Raya,Sg. Besi, Kuala Lumpur dari darjah satu… dengan environment rumah ala kampung ditambah pulak ada lombong dan sedikit hutan yang ada dibelakang rumah atok saya masa tu, memang la menjadi port yang paling sesuai untuk saya mendirikan sendiri khemah/pondok saya….. selepas waktu sekolah saja saya dan sorang kawan baik saya , ‘awi’ mesti akan meluangkan sejam dua masa kami setiap hari sebelum bermain bersama kawan-kawan lain dipadang pada waktu petang …….. sehingga seluruh keluarga saya sudah tau mana nakcari kami kalau tak da dirumah…. Banyak kali jugak la mak awi datang dengan rotan untuk jemput awi balik kerumah….. tak kurang la saya yang selalu dijemput atok saya dengan payung sakti dia setiap kali dia balik sembahyang Asar dari surau…… dah tak larat diorang robohkan pondok survival kami tu…..kami mesti buat balik…. Tapi semua tu tak lama….


Bandar Jengka, Pahang

Saya berpindah ke Bandar Pusat Jengka, Pahang semasa saya darjah 3… haa…. Kat sini lagi best….. dengan environment yang betul2 virgin jungle masa tu…. Dengan tasik yang memang tak jauh dari rumah saya di Desa Jaya tuu…. Dengan keadaan sungai yang mantap kat situ…saya mengambil masa kurang dari 2 bulan untuk explore ke semua kawasan sungai yang berhampiran dirumah saya…. Masa tu saya ada local guide saya sendiri iaitu kawan kelas saya Ubaidullah dan Apul…. Antara port paling best masa tu ada satu anak sungai yang mengalir laju kea rah sebuah tasik (Danau Ilham)……satu lagi sungai dibelakang rumah Apul….. tempat dimana saya takkan lupakan dimana saya dan apul hampir lemas….. kalau bukan kerana ada kayu besar hanyut di sungai tu mungkin kami dah arwah……
Apabila tinggal di sebuah kawasan seperti di Jengka, mak ayah saya kalau bawak berjalan mesti di kawasan rekreasi…. Yela..kalau di K.L mungkin la blh bawak tengok wayang…kalau kat Jengka….??? Masa tu kuantan pun takda panggung… antara Tempat2 yang selalu mak ayah saya bawak masa tu, Air Terjun Sg. Teladas (dah jahanam dah skarang, buat hi-way) Sg.Salan, Jerantut. Taman Negara Tahan atau sekitar kawasan Sg. Pahang untuk memancing……… Dari sini lah timbul minat saya sedikit demi sedikit kearah rekreasi walaupun masa tu tak tau apa itu rekreasi……

tetapi kerana sebab yang sama semasa pindah ke Pahang, saya sekali lagi di post kan ke Kedah….

JELAPANG PADI……

kerana terlalu degil atau nakal....(bukan Jahat) Semasa sekolah menengah pulak saya berpindah ke Sek. Men. Keb. Ayer Hitam. Kubang Pasu, Kedah…..di sini saya tinggal bersama pkeluarga paksu saya yang ketika itu menetap di Kuala Perlis. Selepas setahun tinggala bersama pak su,Paksu saya telah memulakan perniagaan sendiri di Penang…kemudian Maksu saya pulak posting ke penang…. Ketika inilah saya banyak belajar tentang kehidupan…. Tinggal di rumah sewa (RM50) di kelilingi bendang bersama seorang tok wan (Tok Rejab) . Disini saya yang membuat keputusan sendiri tentang apa-apa pun…. Termasuklah mencari duit… Bukan mak ayah tak sayang… tapi saya yang buas sangat…sampai semua orang surrender …
Berkawan dengan anak-anak nelayan di Kuala Kerpan, menarik minat saya untuk turun kelaut bersama mereka….. kadang-kadang 4-5 hari tak pegi sekolah sebab kelaut….. pernah kami tersangkut 2 malam di pulau Singa Besar kererana ribut kuat…… kecoh gak sekolah masa tu…. Sampai2 ja di Kuala Kerpan terus ja kecut perut bila tengok ada cikgu dah tunggu kat situ……… nasib baik boleh settle ngan cikgu tu…(Cikgu Kadir Penolong Kanan)…
Begitulah kisah bagaimana saya terlibat dalam rekreasi secara tidak langsung…. Kerana pada saya zaman persekolahan saya penuh dengan rekreasi yang mencabar…..

AKAN DATANG……. Pembabitan saya dengan rekreasi selepas zaman persekolahan…. Tungguuuu…..

Kembali Pada Hakikat

Kenapa hakikat…? Kenapa pula Rimba…? Hakikat pada pendapat saya adalah sesuatu yang tak dapat dan tak boleh kita lawan atau kita bangkang kerana ia adalah ‘hakikat’ atau sebenar-benarnya…… Rimba pula adalah satu dunia atau alam yang pasti belum habis diterokai atau habis dikaji……masih banyak rahsia yang terkandung dalamnya yang mana saya rasa patut sangat la kita sama-sama mencari hakikatnya…….jadi kewujudan blog ini adalah bertujuan untuk kita bersatu dalam apapun cara untuk mencari kebenaran disamping sedikit sebanyak dapat mengenali diri saya serba sedikit dan diharap blog ini juga dapatlah kiranya menjadi platform untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman….. khasnya pengemar-pengemar rekreasi……..

MINTA MAAF

Saya memohon maaf kepada pengunjung blog Hakikat Rimba kerana terpaksa menunggu lama untuk blog ini di ‘update’ kan….ini berikutan kesibukan saya semenjak beberapa minggu ini… mana tidaknya, selesai saja program di Janda Baik, saya terus ke Sultan Ahmad Shah Tioman Eco Challenge selama seminggu (10-16 may), sampai saja dari Tioman, 17 may terus ke Janda Baik semla untuk satu program hingga 18 may, hari ni (22 may) barulah saya berkesempatan untuk update kan blog ni….ini pun saya berada di Sg. Petani,Kedah…..

Thursday, May 8, 2008

kemunculan sulong

8/5/08,pada jam 0210, suasana awal pagi ketika saya bersama rakan saya yasir foo bertempat di khulafah bistro seksyen 7 baru telah memberi ilham kepada saya untuk mencipta blog saya sendiri setelah lama menjadi pelawat kepada blog icon saya selama beberapa bulan....... "sampai bila nak tengok saja???"..... "bila lagi ?" terkeluar persoalan itu dalam diri saya yang menguatakan lagi semangat saya untuk mincipta blog sendiri. selepas sering menjengok blog icon saya dikala senggang, lahir satu lagi blog rembang waktu yang melonjakankan keinginan saya yang sedia ada....

ada relevannya..... saya dapat melihat bagaimana blog akan membantu dalam menyebarkan maklumat dan menjadi jambatan perhubungan antara bloggers....doakan kejayaan blog ini.....

APA CRITA.......??? apa bentuk coretan yang akan dihidangkan dalam blog ini.......? jawapannya.... tungguuuu...........

wassalam.....