Monday, April 20, 2009

SULTAN AHMAD SHAH ECO-CHALLENGE

Beberapa minggu kebelakangan ini Team TACT sibuk mengendalikan proses pengurusan SULTAN AHMAD SHAH ECO-CHALLENGE.... Program bakal berlangsung pada 2 Mei 2009 di Tasik Bera, Pahang dan 9 Mei 2009 di Pulau Tioman, Pahang.

Kategori yang di pertandingkan ialah Local ladies, Local Man, International Ladies dan International Man.

Untuk kategori Local para peserta hanya perlu mengambil bahagian di salah satu lokasi samada Tioman atau Bera. Manakala untuk kategori International peserta perlu menamatkan perlumbaan di Tioman dan Bera. Hadiah terkumpul untuk dimenangi ialah sebanyak RM40,000......!!!!

Maklumat lanjut boleh didapati di www.eco-challenge.com.my

Monday, April 6, 2009

Agak sibuk....

Pada 27-29 Mac TeamTACT telah mengendalikan program Sekolah Sukan Bukit Jalil. Selepas Itu masa yang ada telah diisi untuk mengemaskini segala peralatan TeamTACT yang telah digunakan untuk program .

Pada 3-4 April Saya telah bersama-sama membantu sebuah konsultan menjayakan program mereka. Semalam 5 April saya meluangkan masa saya bersama-sama keluarga tercinta di Bandar Jengka dan hari ini saya berada di jeti Mersing untuk ke Pulau Tioman esok bagi menyiapkan beberapa kerja diperingkat terakhir bagi event SAS eco challenge. saya disini hingga 10hb April dan seterusnya akan ke Tasik Bera.

Saya akan berada di Tasik Bera hingga 13hb April. Banyak cerita yang akan saya kongsikan kemudian.

Terima kasih.