Thursday, October 23, 2008



Semalam aku ke gombak untuk meraikan majlis Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama, memang seronok.... Terima Kasih...


Kawan yang sejati
Di manakah letaknya kejujuran,
Apakah sebenarnya erti pengorbanan,
Antara kuasa, cinta, nafsu dan keinsanan.


Bukan aku tak paham,
pelbagai kesengsaraan menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan
menjadi bebanan
tabahkan hatimu harungi lautan ini
demi nama yang kau sumpah


Bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...
sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah


Kerjakalah kebaikan
bendunglah kejahatan
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat mana
agar jasadmu tergolong dalam
yang dicucuri rahmat....

Monday, October 20, 2008

ABE YASER . . . ? ? ?

Abe Yaser kembali bertugas hari ini


Yaser telah berangkat ke Kota Bharu, Kelantan pada hari Khamis lepas untuk melengkapkan majlis Perkhawinan adik kesayangannya yang bertemu jodoh disana. Alhamdulillah, beliau selamatsampai di Shah Alam pada pagi Isnin.

Tapi bukan itu cerita saya…. Cerita saya adalah pasal Yaser atau ABE Yaser… banyak perubahan yang ditunjukan oleh Yaser sejak pulang dari Negeri Che Siti Wan Kembang. Tapi bukan perubahan negative sebenarnya… Cuma perubahan budaya yang jarang di pamerkan Yaser…

Dari seorang yang suka dengar lagu-lagu jiwang seperti Scoin,Sting,Umbrella dan yang seangkatan, sekarang dah jadi peminat dikir barat…. Terkejut saya bila buka laptop beliau yang menyimpan video klip dikir barat…

Beliau juga banyak bertanya tentang dialek Kelantan yang sememangnya saya dgn mus tak brapa boleh nak jawab. Mungkin abe Yaser kena refer pada mi atau elham yang lebih pakar. . .

Tapi bagus sebenarnya kita mendalami budaya orng lain…lain kali bila kita pegi ke tempat orang takda la kita jakun…

Cerita ini tidak ada niat perkauman… Cuma sapa yang nak tengok cerita “BUDAK KELANTAN” Bolehla ajak Yaser kerana beliau sudahpun menunjukan minat yang tinggi terhadap cerita itu pada hujung bulan ini. . .



Jangan marah ye abe-abe....

Thursday, October 16, 2008

SALAM REKREASI. . . .

Beberapa hari kebelakangan ni agak sibuk…. Degan beberapa urusan keluaga,kawan, urusan perniagaan dan persatuan-persatuan inilah kesempatan saya untuk update blog.

Minggu lepasa saya banyak ke hospital…. Tok sedara saya telah ditahan di Hospital PPUM kerana kedua-dua buah pinggang tak berfungsi. Jadi mereka yang datang dari Sg.Padang, Perlis seramai 8 orang smemerlukan tempat tinggal sementara. Alhamdulillah, semua dapat tempat tinggal yang selesa.

Beberapa hari selepas tu, kakak ipar saya yang menetap di New York pulak balik ke Malaysia. Dalam keadaan yang tak begitu seronok kerana sebabnya balik ke Malaysia… sempat juga ahli keluarga mencuri masa melepaskan rindu pada orng jauh ni… Sebabnya pulang ke Malaysia kerana mak akak Hanum kurang sihat ( bukan sakit) dan berada di Hospital Pantai. Bersyukur jugak kerana sehingga sekarang semua berita yang sampai pada saya adalah positif… mak akak Hanum semakin kuat, malahan dah boleh jalan guna tongkat…. Alhamdululillah.













gambaq akak aku,ayah,mak, mak kak Hanum kat hospital

Lepas tu ayah dan mak saya pun ada di K.L. melawat besan dan menantu tunggal yang sememangnya tak pernah satu haripun yang tak menyebut nama Akak Hanum dan anak kesayangannya yang tak ikut balik dari New York, sapa lagi, abang aku payot la. Lepas tu aku bawak ayah aku cari barang-barang bengkel dia. Ayah aku expand sikit business dia buat bengkel kimpalan. Memang dah minat dia bertukang ni. Dulu masa askar pun dia kor bertukang dan beperang. Alhadulillah banyak gak projek yang dapat. Dengar kata buat penutup longkang untuk UiTM Jengka dan beberapa projek lain.

Pada hari yang sama bawak juga mak aku p shoping barang barang rumah… rumah tengah renovate…jadi banyak jugak la barang yang dibeli…

Majlis sambutan hari jadi beramai-ramai jugak memenihi Jadual mingguan. Sambutan diadakan di rumah Penasihat Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar UiTM, En Hisyam Che Mat. Ramai jugak yang menyambut hari jadi bersama. Kamelia ( anak En.Hisyam Che Mat), Hafiz Tahar, Boyinton, Maisarah(anak Abg. Malin), Abang Malin dan aku la..hahaha..

Lepas tu banyak la urusan perniagaan yang nak disiapkan. Termasuk beberapa urusan lain… termasuklah menguruskan hari jadi seorang saudara yang aku dah anggap macam abang sendiri. Hari jadi abang bob diadakan di hotel Armada. Ramai jemputan yang hadir. Termasuklah artis yang dikenali sebagai Awie. Majlis diadakan dari jam 9.00pm hingga ke jam 3.00am. meriah majlis tu. Melayu, Cina India semua ada. Dan semua berjalan lancar.







Hari ni aku kembali beroperasi seperti biasa di ofice. Dan aku akan kembali sibuk dengan beberapa majlis sambutan hari raya dimana aku jugak memainkan peranan besar dalam majilis tersebut. InsyaAllah nanti akan aku jemput mewakilli persatuan tersebut









Tuesday, October 7, 2008

HAPPY BIRTHDAY PAYOT

Hari ni 7 October 2008, jam 1939 di Malaysia. Tapi di New York, United States baru jam 0800 (lebih kurang). Jadi, tepat jam 0000 malam ni kita akan masuk 8 October 2008. Dan 8 October adalah tarikh lahir abang aku yang berada disana…

ALLAH SELAMATKAN KAMU….
ALLAH SELAMATKAN KAMU….
ALLAH SELAMATKAN ABANG AKU…
ALLLAH SELAMATKAN KAMU…

HAPPY BIRTHDAY TO YOU…
HAPPY BIRTHDAY TO YOU…
HAPPY BIRTHDAY TO PAYOT…
HAPPY BIRTHDAY TO YOU…

Semoga panjang umur, murah rezki, dan hidup sekeluarga dalam keredhaan-NYA. . . . . .

Wednesday, October 1, 2008

RAYA DI "NEW YORK". . .! ! !

Alhamdulillah. . . aku dapat merayakan AidilFitri kali ini di samping keluarga aku di Pahang. . Tak la meriah sangat seperti sebelum-sebelum ni. . . Mula-mula lagi aku dah agak memang Raya tahun ni tak semeriah macam yang sebelum-sebelum ni. . . Ye lah. . . ini kali pertama kami anak beranak beraya di Pahang. . . Kalau tak sebelum ni kalau tak dekat Perlis kami akan beraya di Kuala L:umpur. . .

Malam raya. . .tengah aku menceritakan pengalaman aku beraya di Pahang buat pertama kali ini agak membosankan pada seorang kawan tiba-tiba kawan aku menyampuk “Apa nak bosan… Kau kira untung ada mak, ada ayah untuk beraya sama-sama…” aku tersentep dengar kawan aku cakap macam tu. . .

Sepanjang perjalanan balik rumah aku pikirkan apa yang kawan aku cakap. . . Terus aku terbayang Abang aku dan keluarganya (akak ipar dan anak saudara) yang terpaksa beraya di New York. . .Abang aku bekerja disana sebagai Pegawai Senior di Bank Negara Malaysia di New York. Ini adalah Raya Aidil Fitri yang kedua beliau disana. . . .

Aku sampai sahaja di rumah, mak ngan ayah aku tengah berbual dengan abang aku melalui internet. . . . Rupa-rupanya disana puasa 29 hari saja. . . masa kita berbuka puasa pada hari terakhir Bulan Ramadhan umat Islam disana dah beraya. . .Lagi la sedih aku melihat keadaan macam tu. . .

Dalam hati aku terlintas jugak perkataan aku kat sini dapat beraya dengan mak ayah pun masih nak rasa bosan. . . Padahal. . .abang ngan kakak aku mesti tak sabar nak balik ke Malaysia untuk beraya. . .

Apa-apa pun bila aku dah beraya kat sini, sebenarnya jangkaan aku meleset. . . selain aku dapat beraya dengan mak ayah dan adik ramai juga kawan-kawan sekolah yang datang beraya di rumah. . . tak pernah aku beraya dengan mereka dan ini merupakan pengalaman yang seronok bagi aku. . . Cuma yang tak best sangat aku dah dua kali tak dapat beraya dengan Payot (abang aku) Kak Hanum (kakak) & Hana (anak sedara aku) taktau la Hana masih ingat dan masih nak bergurau dan bermain dengan aku tak bila dia balik sini nanti. .

Itu lah pengajaran yang aku dapat di AidilFitri ini. . . Beraya lah bersama keluarga selagi boleh. . .

Kesempatan juga ini Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin khas kepada Payot dan Kak Hanum sekeluarga yang nun jauh disana. . . dan kepada semua yang mengenali aku amnya. . . .



P/S ; walaupun jauh di sana… sempat juga abang aku bagi duit raya. . . . TQ Payot &
Kak Hanum. . . .harap tahun depan kita boleh raya sekali ramai-ramai. . .