Friday, December 12, 2008

AS-SYURA (PENYAIR-PENYAIR)

Semenjak dua ni sering terdengar atau terbaca tentang satu isu yang manjadi tumpuan.... "TANAH RUNTUH" televisyen atau surat khabar menjual isa yang sama.....

Macam-macam pendapat yang dapat kita dengar.... pakar kaji bumi.... ketua polis....JKKK kawasan......menteri besar....Perdana menteri.....Sultan......dan macam-macam orang lagi...hingga la ke kedai kopi....

Apa lah agaknya punca sebenar tanah-tanah ini runtuh...??? Ada yang kata kandungan air terlampau banyak...... dikaitkan pulak dengan ketiadaan saliran yang sistematik....dikaitkan pulak dengan pihak berkuasa yang tak menjalankan tugas dan tiba-tiba menjadi isu politik....

Kenapa la Genting Highland tu tak runtuh kan...???? Mungkin sebab Goh Tong buat pakai duit dia sendiri dan dia nak kawasan tu kukuh....

Tapi bila sampai di Bukit Antarabangsa..... orang yang nak luluskan projek mintak banyak sangat sampai pemaju pun tak boleh nak buat kerja secara jujur...... tempat yang kene ade longkang jadi takde longkang..... tempat yang kene buat benteng takde benteng....tempat kene ade pokok landskap jadi takde pokok..... sebab ape.... duit untuk buat longkang bagi kat orng yang luluskan projek..... orang yang luluskan projek tu pun bagi la anak bini makan duit longkang... tapi semua ni mungkin je.....

Tapi hal-hal macam ni bukan tak pernah terjadi...... jauh mahahebat dan mahadasyat pernah berlaku....... bila laut terbelah..... bila kampung di telan tanah...... bila kemarau berpanjangan..... bila banjir semakin besar..... Bila perkara-perkara ini berlaku...??? Bila perintah Allah S.W.T ditolak, Bila ajaran Para Rasul menjadi bahan ketawa...... Bila manusia bertuhankan maksiat....


(AS-Syura ayat 145-152)

145. Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan
(dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

146.Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam
nikmat-nikmat yang ada di dunia ini?

147. Di dalam taman-taman (yang indah permai) dan mata air-mata air (yang mengalir),

148. Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus
lembut?

149. Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal dengan bijak
dan bersungguh-sungguh?

150. Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku;

151. Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas.

152. Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.

ALLAHUA'LAM

1 comment:

deedaa.jijah.linda said...

bila nak buat reunion kita nih....