Monday, May 25, 2009

Alahai.....konsep ape sayang....?

Assalamualaikum....

Masa lapang yang digunakan bagi membelek post rakan-rakan bloger yang lama telah menarik perhatian saya untuk menengahkan satu isu yang telah dibangkitkan di bahagian komen dalam blog “O.L.E” yang bertajuk “ Destinasiku : Final Camp Pangkor 2009 – FSR Arau”

Isu yang dibangkit amat jelas bahawa beliau kurang senang dan tidak bersetuju dengan konsep yang dibawa oleh Persatuan Rekreasi Luar UiTM (PERLU).

Beberapa perkara yang di bangkitkan juga ialah tentang konsep yang diguna pakai dalam T.O.T (Training Of Trainer) yang telah dijalankan beberapa ketika dulu.

Melihat komen beliau didalam blog “O.L.E” terfikir juga saya apakah sipolan ini hanya ingin menjatuhkan reputasi PERLU. Terus sahaja saya menghubungi beliau dan saya tanyakan. Mengikut kata beliau tidak “aku tak ada intension untuk down gred kan PERLU, tapi terpulanglah” emmm.....

Cuma apabila membaca komen-komen beliau saya terfikir-fikir juga..... sekiranya begitu sekali pendapat beliau dan rakan-rakannya (mengikut kata beliau dia mewakili beberapa orang).... kenapa semasa beliau mengambil subjek Outdoor bersama-sama En. Bakar dulu (semasa En. Hisyam ke Australia) PERLU sahaja yang mereka nampak untuk membantu mereka..... Heran.....heran....

Kalau ikut gaya penulisan seperti seorang cendiakawan.... tapi beberapa kejadian pelik juga saya masih ingat hingga ke hari ini. Tapi tak pa la..... kalau dituliskan takut pemahaman pulak salah...Cuma satu la yang saya harapkan... bila menulis biarlah kita menulis sesuatu yang pasti.... jangan bila ditelefon dan ditanya jawapannya.....”emmmm.....yang tu aku tak tau la pulak...” atau “ emmmm..... ade ke....kurang pasti la pulak....” kalau tak tau atau kurang pasti..... tak payah la tulis.... tulis yang pasti.... sebab pembaca akan membuat kesimpulan dengan apa yang di baca.

Berkenaan beberapa isu seperti mercun, setahu saya dan saya yakin mercun digunakan bagi menghalau beruk dan digunakan dalam permaianan war games selain di baling semasa aktiviti survival sdeng dijalankan. Sebabnya saya rasa beliau cukup bijak untuk mengetahui sebabnya. Yang pasti tidak ada kecederaan kepada participant akibat mercun.

Berkenaan waktu solat, masa telah diberikan. Dalam perbualan beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak puas hati apabila dihukum kerana melambatkan solat Zohor pada hari pertama..... cuba fikir sekali lagi......emmm...

Berkenaan “instructor tidak ada time management”, saya berpendapat ulasan ini dibuat kerana mungkin beliau melihat ada instructor yang tidur semasa aktiviti dijalankan. Untuk maklumatm instruktor juga ada jadual rehat atau lebih mudah difahami instructor menjalankan aktiviti dengan system rotation. Yang penting aktiviti berjalan seperti yang dirancang dan akan ada instructor yang mengawasi dan mengendalikan aktiviti.

“Bergurau dihadapan participant” merujuk kepada satu aktiviti dimana peserta TOT akan menjadi instructor dan instructor menjadi peserta. Instructor akan cuba melakonkan watak peserta yang degil untuk melihat bagai mana peserta TOT akan mengatasi masalah itu sebagai seorang instructor.

Instructor yang mencelah dan interupt juga merujuk kepada aktiviti ini. Kerana sebagai instructor kita sentiasa akan dicelah oleh peserta semasa memberi penerangan. Bagaimana kita nak atasi.....???? Simulasi ini dilakukan supaya anda berfikir...... Biar malu depan kawan-kawan dari malu kerana memberi ajaran sesat dikemudian hari.....

“Participant health information......” betul ke isi borang... emm.... macamana borang tu masih ada hingga ke hari ini ye..... lupa kot yang anda tu pernah isi borang yang tanya pasal penyakit....pengalaman rekreasi... kebolehan berenang tu..... tak pe la.....

“Tinggalkan model yang old school......” macam mana nak tinggal kalau kesannya lebih baik.....???? buktinya....? apa sumber rujukanya...? mana researhnya....? Belum ada research lagi..... tapi boleh compare kan sendiri instructor yang lama dan yang baru..... cuba kaji kemalangan dalam rekreasi. Apa sebabnya....?

TOT bukan progaram untuk berseronok. Bukan leisure camp. Pasal konsep pulak.... kami ada konsep kami.

24 comments:

PPT said...

Leadership Development Is A Lifetime Journey, Not A Brief Trip.

Ada yang masih kurang memahaminya..

yazilahyazir said...

Inilah susahnya bila org tak tahu tp berlagak pandai..org mcm ini juga akan menjatuhkan org yg tak sepatutnya kena...hebat sangatkah kita bila kita bandingkan diri kita dengan org lain...Guru saya ajar, 'JIKA KAMU TAHU SETASIK ILMU, BERMAKNA SELAUTAN ILMU LAGI YANG KAMU TIDAK TAHU' jadi, belajarlah lagi sehingga kamu mati...
Mereka mengagungkan konsep "seseorg itu" tetapi mereka tidak tahu bahawa individu tersebut pernah menyebabkan 24 org hampir kehilangan nyawa....pernahkah anda mengalami situasi tersebut? tidak pernahkan...jd jgn membandingkan sesuatu yg tak pasti..... 'ALWAYS REMEMBER WHO U ARE, IT'LL KEEP UR FEET ON THE GROUND'..

wegreentheearth said...

kadang2 bila difikirkan bgs juga bila kita mengkritik...
kita boleh tahu kelebihan masing2...
kelemahan masing2...
tapi ingatlah tujuan kita semula...
adakah untuk bermegah2...
ataupun untuk berkongsi pendapat dan ilmu...
fikirkan baik buruk yg berlaku...
bukan sekadar menceritakan benda yg tak pasti...

yaya said...

eh sape kutuk PERLU.. nak kene ni..hep!

aQu daN SesuAtu said...

salam.....
terasa terpanggil pulak...

saya masih TETAP setuju...
dengan pendekatan PERLU UiTM...
saya setuju bukan suka2...
tapi saya sendiri sudah merasai...
kesannya terhadap hidup...
saya dan rakan2 saya...

mungkin ALLAH blom...
memberikan, menunjukkan....
memperlihatkan, menampakkan...
menegokkan, merasai...
kesan daripada kem tersebut...

tapi apa2 pun...
saya tetap sokong PERLU UiTM...
HIDUP PERLU.....

O.L.E said...

untuk perhatian,

1)berkenaan mercun, adakah kami kurang bijak setelah mengur kalian jika mercun ter"digunakan" untuk membaling kearah participant dalam war game, salah seorang participant tersebut rakan sekelas kami dan beliau permepuan..

kedua, dalam perbualan telefon rakan saya (ahli O.L.E) tersebut pernah nyatakan bahawa tentang solat masa yang diberikan (20 minit) adalah singkat untuk keperluan membersih diri, wuduk dan solat.. komen beliau bermaksud beliau adakah sempurna solat yang didirikan dengan keadaan diri belum benar2 bersuci, air mazi akan keluar jika kita bekerja keras dan solat yang didirikan sekirang terdapat kotoran air mazi adalah tidak sah, untuk bersihkan air mazi kita perlu berhadas/ mandi.. (tapi bukan mandi wajib laa...)maka sekiranya ketika solat terbayang2 tentang 2ominit dan ada instructor yang kata "eh solat pun nak lelamer ka..?" kalau dikutkan itu bukanya bermaksud instructor tersebut menghukum pun tetapi pada dasranya tentang soal agama bukan boleh ambil mudah... Rasulullah pernah berpesan "jikalau engkau ingin menunaikan solat, maka solatlah sepertimanaku"...

3)pernahkah dalam komen kami ini ada berunsurkan benar2 ingin manjatuhkan reputasi kalian... pernhakah kami sama sekali menyatakan nama organisasi kalian semasa memberikan komen???? jikalau ada pun tentang TOT tapi jngan ingat hanya kalian shaja pernah menganjurkan TOT. dan ini bukan kali pertama kami mengikuti TOT selain yang dianjurkan pihak kalian...

4)tentang time management, bukan soal tidur(saya juga pernah menjadi instructor), soalnya adalah ketepatan masa terutama ketika hari pertama berkumpul sebelum bertolak... janji 2.45pm tapi mana pergi organizer ketika 2.45pm adakah kalian berjanji 2.45pm namun kaian perlu datang 2.45pm... sudah mestilah lebih awal dari itu dan bukan pada pukul 3pm itupun beberapa orang shj...

4)yang seterusnya adalah tentang bergurau... komen (O.L.E)bukanya berkenaan aksi lakonan rakan instructor kalian sebagai participant tetapi berkenaan batas pergaulan kalian sesama kaum adam dan hawa, salahkah kami ingin mengur dengan baik di dalah ruangan blog bahawa perbuatan tepuk menepuk,ketawa hilai, perbualan dan sentuhan yang melibatkan bukan muhrim, dihadapan kami participant tidak malukah anda?? (bukan semua ada sesetengah daripada kalian)

5) komen dari O.L.E sedikit pun ada intention untuk menjatuhkan seseiapa tapi pembaca ada tafsiranya yang sendiri... kami secara jujurnya memang kurang senang dengan apa yang kami lalui dan juga sejumlah besar pelajar lagi di UiTM yang selama ini tidak setuju dengan apa yang telah mereka alami..

O.L.E said...

sambungan....


6) berkenaan lagi tentang health information, adakah anda pasti butiran yang ada semasa pendaftaran boleh digunapakai sepenuhnya semasa aktiviti tersebut??? sila rujuk journal Steventhson.J.W,(2006) didalam aplikasi emerald-e-database,ada nyatkan bahawa butiran health informasi perlu di isikan (update)dan dilengkapkan oleh participant dalam lingkungan 12 jam sebelum mengikuti program rekreasi.. antara reasonya adalah:-

a) immediate response desease seperti demam, batuk, migrain mungkin boleh menyerang participant pada bila2 masa

b) butiran tersebut akan dikehendaki oleh pihak insurans sekiranya malapetaka terjadi dan ini adalah format terbaru kebanyakan ajensi insurans gunakan sebelum redemption dilakukan oleh penama insurans

c)supaya makluman yang diberikan adalah maklumat yang paling terkini
supaya penyingkiran boleh dilakukan oleh organizer sekiranya mendapati ada peserta yang berisiko untuk mengikuti kem tersebut....

7)kalian berbual telefon dengan rakan saya dan bertanya betulkah beliau telah menjalan kajian? rakan saya telahpun memberitahu bahawa beliau telah menjalankan kajian dan finding telah membuktikan DEDICT & COMPLEX model adalah jauh lebih baik dan effisyen... dan sekarang kalian ingin persoalkan ada kajian yang boleh buktikan ker? ada 30 rujukan beliau termasuk beberapa tesist dari researcher yang lain? ape nih dah cakap dalam telefon pun lagi mau persoalkan tentang kajian ker??? kalian pulak apa kajian yang anda lakukan? berdasarkan pengalaman semata2 mata ker??

8) apakah maksud saudara Yaziryazilah berkenaan komenya:- Mereka mengagungkan konsep "seseorg itu" tetapi mereka tidak tahu bahawa individu tersebut pernah menyebabkan 24 org hampir kehilangan nyawa....pernahkah anda mengalami situasi tersebut? tidak pernahkan...jd jgn membandingkan sesuatu yg tak pasti.....

>>>> siapakah seseorang itu? dan kaitanya dengan konsep kami?.. untuk makluman konsep yang kami gunakan bukanlah direka cipta oleh hanya seorang tapi ramai penyelidik rekreasi bersetuju dengan konsep yang pernah kami usulkan sebelum ni dan bukan seperti yang pernah kami lalui.

kami sangat hormati kalian semua tetapi adakah tidak boleh kami memberikan nasihat sebagai sesama saudara Islam sejagat, Allah senantiasa merahmati hambanya yang bertegur sesama sendiri dan "tidak sempurna iman seseorang itu sehingga beliau menyayangi saudaranya sepertimana beliau menyayangi dirinya sendiri"

kami senantiasa dan boleh terbuka menerima sebarang teguran kalian semua dan hargai apa yang anda lakukan bukan seperti yang kalian tafsirkan bahawa kami ini ibarat "kacang lupakan kulit" namun kami sedikit merajuk jikalau kalian terus bersombong dengan diri kalian sehingga mengatakan kami ini tidak mengerti akan pengertian rekreasi itu yang sebenar2 nya... niat dihati kami lansung tidak terlintas untuk menunjuk2 yang kami ini (sangat hebat, bagus sangat, mantap, poyo sangat) atau apa pun tetapi hanya ingin meberikan pendapat dan jikalau pendapat itu disalah ertikan oleh sebahagian dari kalian terserahlah,, hanya Allah yang tahu

terimalah komen ini dengan sebaiknya2 jangan mudah cepat melatah dan meragui akan kebenaranya... kami ikhlas dan pesanan kami perbulan telefon sangat tidak efisyen kerana ada dikalangan kalian yang suka memanipulasikan fakta yang diberikan... teruskanlah usaha anda demi mempertingkatkan lagi nama UiTM

Assalamualaikum....

wegreentheearth said...

o.l.e,
sesungguhnya kita perlu mengadakan satu forum untuk membincangkan semua yg terbuku di hati...
saya tak menyebelahi mana2...
cuma kita boleh bincangkan secara mendalam...'
menyeluruh tanpa ada yg memanipulasikan fakta2 yg akan dikeluarkan...
setiap orang ada pendapat masing2...
jadi jika rakan anda ada 30 rujukan untuk thesis beliau ingatlah bahawa ada beribu lagi thesis yg berbeza pendapat mengenai isu2 sebegini...
ingatlah semakin banyak kita tau semakin banyak lagila benda yg kita taktau...

Anonymous said...

Heheheh... Aku pilih cara aku sendiri... Aku punya pendapat, lagi banyak yang kita tau, lagi takut untuk kita menghadapinya...

ATTITUDE... Salah seorang guru aku pernah bagitau aku... Setiap kali sebelum keluar rumah kita akan mengadap cermin... Nak pastikan rupa dan penampilan kita cantik, segak, lawa... Tapi cermin yang kita tengok kat rumah tu tak boleh nak bagitau apa kekurangan atau kelemahan yang ada pada diri kita...
Bila kita keluar, kita akan berdepan dengan cermin yang kebanyakan daripada kita takut dan malu untuk berdepan dengannya, orang-orang di sekeliling kita... Cermin ni boleh berkata apa saja tentang kebaikan dan keburukan kita... Yang boleh terima, Alhamdulillah... Tapi yang tak boleh terima tu belajar-belajarlah untuk menerimanya walaupun tak sanggup...

Apa yang engkau merepek ni...?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
teamtact said...

Salam Rekreasi....

Semoga kita dipanjangkan umur supaya dapat berjumpa dan bermuzakarah....

Tapi saya paham ada juga manusia yang dilahirkan sebagai pengecut... kerana kalau hendak bermuzakarah terlalu banyak peluang untuk berbuat begitu... manala tau lepas ni jadi berani....

Assalammualaikum...

ajoy87NF said...

Salam,
Xdo ceghito lain ko? xkan xmau update dah kot... hehehehe...

MARAH AKU.. said...

otdo bukan untok ko sorang jew..tapi pendapt bley kongsi..buat o.l.e2 eh OLE ko klu rasa xsesuai dgn konsep2 org len..lain kali uat kusus sendiri ko organize sendiri, ko participate sendri, ko REFLEK diri sendiri..sure ko dpt finding yg best dan MELETOP..

dah ramai yg jd ahli PERLU skg berjaya dlm hidup dia..

mana yg baik ko amikla yg xbaik ko jdkan sempadan utk ko perbaiki untk orang len..

otdo nie sesuatu yg sangat best jd jgn jadikan ia hampeh..

PERGILAH KEMANA PUN BWK ELMU OUTDOR KO TUE TAPI JGN CEMARI DIA DGN KETIDAKPANDAIAN MENILAI SESUATU..

MARAH AKU.. said...

otdo bukan untok ko sorang jew..tapi pendapt bley kongsi..buat o.l.e2 eh OLE ko klu rasa xsesuai dgn konsep2 org len..lain kali uat kusus sendiri ko organize sendiri, ko participate sendri, ko REFLEK diri sendiri..sure ko dpt finding yg best dan MELETOP..

dah ramai yg jd ahli PERLU skg berjaya dlm hidup dia..

mana yg baik ko amikla yg xbaik ko jdkan sempadan utk ko perbaiki untk orang len..

otdo nie sesuatu yg sangat best jd jgn jadikan ia hampeh..

PERGILAH KEMANA PUN BWK ELMU OUTDOR KO TUE TAPI JGN CEMARI DIA DGN KETIDAKPANDAIAN MENILAI SESUATU..

wegreentheearth said...

buat MARAH aku...
jangan terlalu lantang bersuara...
memang kita bebas untuk menyuarakan pendapat...
tapi jangan sampai menyentuh hati mana2 pihak k...

teamtact said...

Salam rekreasi.....

marah aku ni sape ye..... mcm kenal..

Stoner said...

marah aku tu bdk perak rasanye...kih3

erm, buat ole2 yg tak masak lagi...saya terpanggil utk menaip komen utk anda...(maaf kpd sesapa yg x setuju)

kalu rasa tak puas hati dgn konsep PERLU, bagitau lah kami semasa program...xyahlah ckp2 belakang (aka pengecut) atau publish kat mana2 post/blog/komen lepas program...kami fleksibel dan kami sedia terima...(cuba tanya rakan2 kelas awak kami camne ek)

psl air mazi awak tu (eeee~)...saya nak tanya awak, cukup ke solat 5 waktu awak tiap2 hari???kalu x cukup xyahlah ckp psl hal ehwal ISLAM kat sini...aurat pun x tutup (rujukan gambar bertarikh 18/02/09)...fyi, "air mazi adalah najis dan kamu perlu MEMBASUH KEMALUAN serta PAKAIAN yang terkena air mazi. Kamu juga perlu memperbaharui wuduk tetapi tidak perlu mandi junub(petikan drp JAKIM)...jadi bagi saya 20 minit tu da cukup utk bersihkan pakaian n kemaluan OLE dan solat...adakah anda ingat instructor x mandi n x solat semasa 20 minit tersebut???saya yakin participant PERLU dah lebih 1000 orang tapi kenapa anda seorang je yang x puas hati pasal ni???(mungkin anda seorang instructor bertauliah kot)huhu

bagi soalan psl muhrim tu, kalu niat seseorang tu mmg sengaja nk pegang2 tgn atau ape2 dgn niat utk memuaskan nafsu, mmg lah salah...myb org yg anda maksudkan tu bergurau...myb dia tidak sengaja dan tidak berniat nak puaskan nafsu semata mata...dosa dan pahala Tuhan punya kerja, bukan awak...kalau nak tegur tu pastikan anda basuh air mazi awak tu dulu...haha

nak tegur xde masalah...tapi biar kena caranya...bergurau, x salahkan?mungkin anda x pernah bergurau mcm kami kot...atau mungkin anda seorang yg stress dlm kelas anda...ataupun anda jeles dgn kami kan~...kesian~

anda bnyk mengulas ttg teori, cuba ikat 30 jenis ikatan depan kami...boley kew?atau mungkin awak seorang yg pandai dlm teori je...isk3

anda juga bercakap psl kajian...apa anda ingat kami tidak membuat kajian utk thesis kami ke?adakah anda ingat kami grad tanpa membuat kajian ke?adakah anda ingat imdemnity form tu kami reka sendiri?tidak sayang~myb borang tersebut tidak updated sebagaimana pengetahuan awak yg mmg updated (yeke?), tapi borang tersebut telah dikaji oleh super senior awak dulu...kalu anda pandai, anda try bandingkan imdemnity form kami dgn N*m*d Adventure atau WC, takde beza kan?apa anda ingat kami dapat B dlm subjek research mcm awak ke?buta betul OLE ni...kesian~

erm tapi nak buat camne...orang skrg nak jd mcm Raja Petra...senang2 je ckp psl kami...come try to join us and feel the environment of PERLU, so u can see what we are...marilah bersemuka dengan kami...kita duduk sesama, berbincang...kita kasi anda puas...kami tidak sombong, mungkin lagak kami membuatkan anda salah tafsir...kalu kami sombong kami tidak layan kelas awak wat abseiling tempoh hari...apa kami dapat???terima kasih dan kutukan je lah~~~~

P/s: hampir semua ahli PERLU berjaya mendapat DL dan alumninya telah mendapat kerja yg bagus2...semuanya berkat kerjasama dan konsep dlm PERLU...saya bukan nak marah atau melatah, saya hanya ingin menyatakan yg benar...harap OLE2 juga boleh terima...

teamtact said...

salam....

setuju stone.... setuju....

wegreentheearth said...

hmmmm....
stoner....
panjang lebar nampaknye penerangan anda itu tadi...
boleh kita dengar ape pula kate ahli panel yg lain...
O.l.e pulak mcmana ye?
P/S dah mcm moderator dalam forum plak....
hehee....

السياحة في ماليزيا said...

Leadership Development Is A Lifetime Journey, Not A Brief Trip.

-A.N.G.A.H- said...

SALAM...

Wah, dasyat jugak blog diskusi ni...
Walaupun agak lambat dan terlewat tapi saya tetap nak katakan yang saya ini salah seorang ahli OLE dan ahli PERLU...
Bila di sebut OLE, saya pun terlibat secara tak lansung. Macam tu jugak bila di sebut PERLU... Secara tak lansungnya saya berada di kedua2 pihak.

Apapun, dalam dunia ni, sapa2 pun boleh bagi pendapat masing2... tak semua orang ada apa yang kt ada dan tak suma yang kt ada orang ada.
Stiap orang da keistemewaan, kelebihan, kefahaman, kepandaian, kebolehan, dan semua ke yang adalah.... so, bebahagialah semua...
peace....



adzim19

marah aku.. said...

TO STONER and Shon FROM marah aku..
memang aku lah orangnye..huhu

marah aku.. said...

to wegreentheearth:
aku bkn lantang ber'emo'...kadang2 utk mengetahui sesuatu kita harus ikhlas menyatakan sesuatu..klu ada mana2 pihak yang tersinggung..itu adalah org yg 'maksudkan'..fikir2 kan lah..

teamtact said...

ya betul.... kalau ikhlas marila... mari berbincang dan kita cari jawapannya sama-sama....