Monday, August 24, 2009

TAHNIAH MASJID SHAH ALAM.....

Menjelang 1 Ramadhan baru-baru ini berpusu-pusulah uamat Islam di muka bumi ini mengunjungi rumah-rumah Ibadah untuk sama-sama menggandakan amal ibadah..... begitu jugalah yang berlaku di Ibu Negeri Selangor.... Bandar Shah Alam.. semua surau dan masjid penuh melimpah-limpah...

Alhamdullillah saya juga besekempatan untuk sama-sama berterawikh. Saya berterawikh di masjid Shah Alam. Suasana di persekitaran Masjid sewaktu menjelang Isya' tak ubah seperti waktu solat Jumaat... Waktu saya tiba sudah rakaat yang kedua solat Isya'... jadi di saf yang belakanglah saya.... sewaktu berjalan mencari ruang yang kosong kelihatan ramai juga anak-anak kecil dibarisan belakang... terditik juga dihati saya untuk berjalan ketempat lain.... bukan apa, risau kalau kanak-kanak tu bising sampai menganggu... Alhamdulillah selesai solat Isya' saya menoleh kebelakang..... rupa-rupanya ada pengawal-pengawal di tempatkan dikawasan kanak-kanak supaya mengawal tatatertib anak-anak itu....... saya memuji tindakan pihak yang bertanggungjawab meletakan pengawal-pengawal tersebut....

Tapi bukan itu sahaja... sebelum solat Tarawikh para jemaah juga dimaklumkan tentang kewujudan pusat jagaan kanak-kanak yang diwujudkan bagi kemudahan Ibubapa yang mempunyai anak bawah 2 tahun..... Selain itu ada klinik yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan pada hari Isnin untuk sesiapa sahaja....

Apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan Masjid Shah Alam memang wajar mendapat pujian... semoga usaha-usaha seperti ini ditiru oleh masjid lain yang berkemampuan dan semoga usaha ini diteruskan pada masa yang akan datang....

2 comments:

hijau bumi Tuhan... said...

alhamdulillah...di msjd tmpt sy, wlaupun xde jagaan kanak2, tp ada petugas yg tolong jga trafic sepnjang trawih...mmg dpt melancarkan pergerakan para jemaah...ada ura2 jgk nk buka klinik dialisis di msjd tersebut...usaha murni ni mmg amat baik dan patut diteruskan...


salam perjalanan...

PPT said...

Tahniah Hakikat Rimba........