Monday, September 7, 2009

AL-QURAN

Sekali lagi umat Islam dunia akan menyambut satu hari yang sangat besar........ iaitu hari turunnya Al-Quran kepada baginda Rasulullah S.A.W untuk disebar-sebarkan.....

Al-Quran telah diturunkan bukan sahaja untuk dibaca, malah dikaji, dijadikan petunjuk dan panduan untuk semua umat manusia. Al-Quran jugalah yang sepatutnya menjadi panduan untuk membezakan yang HAK dan yang BATIL.....

Jadi....marilah kita sama-sama berpandukan Al-Quran dalam apa-apa situasi dalam hidup kita dan sama-samalah kita doakan agar para pemimpin kita memimpin kita berpandukan Al-Quran.....



2 comments:

Anonymous said...

Renung-renungkan...selamat beramal...

Tuhan…Kau telah memberitahu kami tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini melalui lidah nabiMu
Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi firqah sesat 72 banyaknya
Al-Quran dijadikan barangan dagangan isinya sudah tidak dihiraukan
Tuhan kekasih Mu memberitahu dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin disiksa dan dihina oleh tangan-tangan kafir durjana
Tuhan yang paling menakutkan nabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling dahsyat Ulama’ yang memandang dunia
Tabiat busuk bak bau bangkai siapa tercium kan mati jiwanya
Tuhan nabiMu pernah berkata ilmu akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan Perempuan-perempuan dijadikan hiasan
Rumah-rumah syaitan penuh riang Rumah-rumah Allah kosong dan lengang
Tuhan nabiMu terus bersabda Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli atau sudah tidak dipeduli
Tuhan penutup kata kami ceritakan dari lidah nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan kekasihMu menjanjikan kedatangan mujadid baru
Muslimin nasibnya akan terbela Rumah-rumah Allah penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah Kebenaran kan pasti terbukti

aku wanita said...

Sharing information...

Laman web ini membolehkan kita mendengar, membaca dan memahami
terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran! Laman web ini percuma sahaja dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran. Hanya layari laman web berkenaan dan
gunakan semua tools yang disediakan. Lebih menarik lagi, ada disediakan tools untuk
menukar font, terjemahan dalam bahasa pilihan, pilihan juzuk, qari yang membaca Al-Quran dan banyak lagilah! Malah dengan membaca bersama dengan audio tersebut, kita boleh memperbaiki sebutan dan bacaan kita.

Silalah layari laman web ini :

http://www.quranexplorer.com/Quran/Default.aspx