Friday, August 1, 2008

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN

Betul, Malaysia dah merdeka...... Lantas aku ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka di bawah dan aku sertakan hadiah untuk pejuang-pejuang yang sentiasa mempertahankan kemerdekaan ini.............

Pak Lah,
Kau diberi cangkul dan tajak
seharusnya tahu rasional bertindak;
Tanah mana sesuai dibajak
selama mana kau akan bertinjak
tak sesia kau diasuh bijak.

Najib,
Kau diberi pisau dan parang
bukan untuk berperang
Perlu pandai memotong dan mencincang
biar yang elok tak terbuang
kalau yang cacat tak kelihatan
yang terlebih tiada pembaziran
disukat diukur biar berpadanan
usah senjata termakan tuan.

MB sekalian,
Sekalipun di tanganmu keris berbisa
bukan untuk menghunus sesuka
Usah onar mencipta angkara
amanah dijunjung paling utama
dosa pahala ditimbang dikira
tak tersasar nafsu celaka....!

YB sekalian,
Selagi kau Melayu perkasa
adab dan adat tunjang pusaka
Kelemahan bukan perhitungannya
usah alasan melemahkan bangsa
andai kecundang tanpa usaha
sekali gagal berputus asa....!

PDRM,
Pintar Melayuku sentiasa beringat
usah menghalalkan cara kerana hajat;
demi kenikmatan yang tak berkat;
Kesenangan bukannya di jalan singkat

hati tamak buruk akibat
kaki sendiri tersadung terjerat dunia
terang tiada lagi nikmat akan berganti gelap gelema...!

Selamat menyambut Bulan Kemerdekaan.........

P/s: ya ka? dah merdeka? dari apa?
Bak kata Nabil (Raja Lawak).... Lu Pikir La Sendiri......

5 comments:

PPT said...

Nie apa tiba-tiba ada color pink pulak dalam blog nie.....
Dah tukar warna sarong pisau rambo ke bang......


Cheers....

sname said...

kaler pink?
wahhh

Anonymous said...

wahwahwah..nila keje org xde keje ddk kat kulafah ehk!! :p

sname said...

apa yang dimaksudkAn xde kerjaa tuh?
nampak sgt blom merdeka yaya heska nih..
kesian

Anonymous said...

haha..ye ar moncet..sy la x merdeka..