Wednesday, October 1, 2008

RAYA DI "NEW YORK". . .! ! !

Alhamdulillah. . . aku dapat merayakan AidilFitri kali ini di samping keluarga aku di Pahang. . Tak la meriah sangat seperti sebelum-sebelum ni. . . Mula-mula lagi aku dah agak memang Raya tahun ni tak semeriah macam yang sebelum-sebelum ni. . . Ye lah. . . ini kali pertama kami anak beranak beraya di Pahang. . . Kalau tak sebelum ni kalau tak dekat Perlis kami akan beraya di Kuala L:umpur. . .

Malam raya. . .tengah aku menceritakan pengalaman aku beraya di Pahang buat pertama kali ini agak membosankan pada seorang kawan tiba-tiba kawan aku menyampuk “Apa nak bosan… Kau kira untung ada mak, ada ayah untuk beraya sama-sama…” aku tersentep dengar kawan aku cakap macam tu. . .

Sepanjang perjalanan balik rumah aku pikirkan apa yang kawan aku cakap. . . Terus aku terbayang Abang aku dan keluarganya (akak ipar dan anak saudara) yang terpaksa beraya di New York. . .Abang aku bekerja disana sebagai Pegawai Senior di Bank Negara Malaysia di New York. Ini adalah Raya Aidil Fitri yang kedua beliau disana. . . .

Aku sampai sahaja di rumah, mak ngan ayah aku tengah berbual dengan abang aku melalui internet. . . . Rupa-rupanya disana puasa 29 hari saja. . . masa kita berbuka puasa pada hari terakhir Bulan Ramadhan umat Islam disana dah beraya. . .Lagi la sedih aku melihat keadaan macam tu. . .

Dalam hati aku terlintas jugak perkataan aku kat sini dapat beraya dengan mak ayah pun masih nak rasa bosan. . . Padahal. . .abang ngan kakak aku mesti tak sabar nak balik ke Malaysia untuk beraya. . .

Apa-apa pun bila aku dah beraya kat sini, sebenarnya jangkaan aku meleset. . . selain aku dapat beraya dengan mak ayah dan adik ramai juga kawan-kawan sekolah yang datang beraya di rumah. . . tak pernah aku beraya dengan mereka dan ini merupakan pengalaman yang seronok bagi aku. . . Cuma yang tak best sangat aku dah dua kali tak dapat beraya dengan Payot (abang aku) Kak Hanum (kakak) & Hana (anak sedara aku) taktau la Hana masih ingat dan masih nak bergurau dan bermain dengan aku tak bila dia balik sini nanti. .

Itu lah pengajaran yang aku dapat di AidilFitri ini. . . Beraya lah bersama keluarga selagi boleh. . .

Kesempatan juga ini Aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin khas kepada Payot dan Kak Hanum sekeluarga yang nun jauh disana. . . dan kepada semua yang mengenali aku amnya. . . .



P/S ; walaupun jauh di sana… sempat juga abang aku bagi duit raya. . . . TQ Payot &
Kak Hanum. . . .harap tahun depan kita boleh raya sekali ramai-ramai. . .










13 comments:

Hanum said...

aisehh... sedey la shannn!! uuwaawawawa..... :(
Slamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

apsal muke girl tu mcm muke u? ahaksss

P.e.a.C.H said...

law raye ramai2 bella nk itot...
heheh

hijau bumi Tuhan... said...

slmt hari raya, mohon maaf zahir batin...halalkan mkn dan minum aku dgn ko...aku doakan smoga fmily ko dpt berkumpul bersama2 di hari raya yg akan dtg, insyallah...


salam perjalanan...

hijau bumi Tuhan... said...

shawn, snang2 jemput la kerumah...


salam perjalanan...

Ahmad Firdaus Ibrahim said...

slmt hari raya, mohon maaf zahir batin...halalkan mkn dan minum aku dgn ko...aku doakan smoga fmily ko dpt berkumpul bersama2 di hari raya yg akan dtg, insyallah...mesti boleh kumpul punye.jangan sedih2 lor.sng2 dtg la rumah kat bdr penawar nih.

teamtact said...

to yaya. . .

dah anak sedara saya... mesti la muka macam saya... takan nak jadi muka macam zaiton sameon plak. . .

am i wright Hana...???

hijau bumi Tuhan... said...

oii ustat...slambe copy paste komen aku...


salam perjalanan...

Anonymous said...

Hai...
Bila nk buat open house? Tingin gak nak serbu ke Taman Danau Kota...

Salam Aidilfitri...Maaf Zahir Batin...

FoO dA fIrSt#1 said...

ustad tak habis habis meniru. macam masa belajaq dulu la...

Hanum said...

Hanna berkata: "Walaupun saya anak sedara uncle shawn yg sememangnye ade rupa bapak sedara saya... saya juga ade iras2 angelina jolie and jessica alba... and catherine zeta jones masa dia muda dolu2..." hehehh.. boleh gitu Shan??

Anonymous said...

hehe..yeke hanna..so does dat mean ur uncle ade iras jolie n alba n zeta jones as well? wow..shawn jambu ke? :p

Hanum said...

uncle shawn jambu versi macho yg ensem!!.. kalo takat sharukh khan, salman or aamir khan mmg diorang tak leh celen punyer... :)