Wednesday, March 25, 2009

PROLINTAS

Pada 20-22hb Mac Team TACT telah sekali lagi dilantik oleh sebuah syarikat sebagai consultance bagi menjalankan kursus leadership + teambuilding. kumpulan sasaran untuk program kali ini ialah kumpulan penyelia dari PROLINTAS. Dengan jumlah peserta seramai 14 orang program yang menggunakan konsep "we share for better" ini Alhamdulillah tampak berkesan.

Pendekatan "sharing" yang digunakan peserta bagi setiap aktiviti yang dilakukan, antara aktiviti yang dilkukan peserta ialah korparat survival, problem solving, managements games, waterfall rapelling dan communication train.

Selain aktiviti-aktiviti luar yang dilkukan peserta, mereka juga desediakan satu slot ceramah yang bertajuk "effective communication". Didalam slot ini peserta kursus diperjelaskan tentang cara dan adab berkomunikasi dengan mencontohi sifat-sifat Rasul Allah Muhamad S.A.W. dimana penting bagi umat Islam untuk mencontohi sifat-sifat terpuji ini. Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah, yang bermaksud (benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana) jika dapat diterapkan dalam teknik berkomunikasi sudah tentu para peserta akan mendapat keputusan luar biasa.

Dengan komitmen kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program ini berlangsung, sudah pasti mereka yang pulang dari program ini bakal melakukan sesuatu bagi meningkatkan mutu kerja dan pasti PROLINTAS juga akan terus maju sejajar dengan misi dan visi syarikat.

Dikesempatan ini, Total Adventure Consulting & Training (Team TACT) merakamkan ucapan terimakasih kerana PROLINTAS sudi untuk bekerjasama dengan pihak kami dan diharap PROLINTAS dan Team TACT akan bekerjasama lagi di masa-masa akan datang.

Sekian.

3 comments:

Roland Robert Imbang said...

Salam borneo bro...

Lama tak sembang2 ngan hang..rindu la wei aku tengok hang pi buat outdoor. Aku skang nak g outdoor amat terbatas. Moga2 suatu hari nanti boleh wat reunion & gi outdoor sesame budak2 kita dulu..Slamat!!!

Clarise said...

salam..abg syawn...its me darlyn from extremly X camp.thanks sgt2 kat abg bagi kami pengalaman yang best n tak dapat dilupakan...org kata camp ni menyeksakan tapi sepanjang saya berada dalam camp saya tak rasa pun penyeksaan 2,best lagi adalah coz dapat timba ilmu di luar class..huhu
anyway thanks again kerana bagi ilmu n jaga kami sepanjang camp itu berlangsung..

Yaya said...

nak bag nak bag nak bag nak bag nak bag! :p