Assalammulaikum......
Apa habaq oarang kampung.....???? Alhamdulillah Sultan Ahmad Shah Eco Challenge 2009 hari ini telah genap 12 hari melabuhkan layarnya....
Saya telah terlibat dengan SAS Eco Challenge dari tahun 2008 lagi... Pada ketika itu saya bekerja sebagai Asistance Chief Marshall dibawah pimpinan Chief Marshall En. Hisyam Che Mat dan Race Director Konel Bustaman. Pada tahun ini dengan ketiadaan En. Hisyam Che Mat yang sibuk dengan kerjanya di Uitm yang pada ketika itu sedang berlangsungnya peperiksaan akhir semester, saya bekerja di SAS eco challenge sebagai Chief Marshall di bawah pimpinan Race director yang baru iaitu Mazlin Othman.
Dalam coretan saya kali ini saya cuma akan membuat perbandingan antara SAS race 2008 dan SAS race 2009.
Agak banyak perbezaan race kali ini berbanding tahun 2008. Pertamanya SAS Eco Challenge 2009 telah berlangsung di dua tempat iaitu di Tasik Bera dan Pulau Tioman. Race kali ini juga lebih mirip kepada trail blazer dengan ketiadaan displin-displin lain kecuali berlari ‘on road’ dan ‘off road’. Seperti tahun lepas banyak juga displin yang perlu di lakukan peserta seperti berlari, berkayak dan berbasikal.
Event Director untuk program kali ini adalah Dato’ Kolonel Thong dimana pada tahun lepas beliau telah ditugaskan untuk menjaga logistic. Pada tahun lepas SAS Eco Challenge telah dikendalikan oleh Kolonel Bustaman.....
Cara kerja kali ini nampak sedikit perubahan yang positive dimana semua kerja di agih-agihkan pada peringkat awal (walaupun tak awal sangat). Jadi kuranglah kejadian-kejadian yang tak sepatutnya seperti tahun lepas. Contoh Chief marshall hanya diberitahu untuk buat Rules & regulation beberapa jam sebelum bot bertolak masuk ke Pulau Tioman. Secara keseluruhanya secara peribadi saya merasakan Dato’ Thong lebih arif dan lebih mudah untuk bekerjasama selain agak mudah menerima pendapat orang lain. (sekurang-kurangnya takde la pelawa kami minum Tiger.....) pendek kata lebih hormat pada yang lain-lain.
Lain-lain perkara saya juga merasakan kebajikan marshall kali ini lebih terjaga jika dibanding dengan tahun lepas dimana pada 2008 marshall Cuma merempat di Marine Park dan mengharapkan simpati dari pihak Tentera Kor 3 Ubat untuk meminjam katil medan untuk bermalam. Kali ini 2009, marshall telah diberikan bilik yang selesa untuk berehat.
Tentang perjalanan race juga saya dapat rasakan ada peningkatan dalam kualiti pihak penganjur. Jika di bandingkan dengan tahun lepas jumlah bantahan atau protes, tiada bantahan atau protes langsung semasa race tamat di Tioman kecuali emam bantahan semasa race di Tasik Bera dan semua bantahan hanya kerana ketiadaan ‘water station’ yang mencukupi.
Walau bagaimanapun masih terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh penganjur sekiranya Standard Sultan Ahmad Shah Eco Challenge ingin mencapai tahap yang exellence.
Sepatutnya banyak kerja-kerja publisiti yang disiapkan pada peringkat awal. Warga kerja SAS Eco Challenge hanya menjalankan kerja-kerja publisiti 2 bulan sebelum pertandingan dan berharap medapat penyertaan sehingga 500 orang. Ini sesuatu yang tidak masuk akal.
Kerja-kerja publisiti yang awal dan masa yang sesuai akan membantu untuk menambah bilangan penyertaan. Seperti yang telah saya cadangkan satu masa dulu semasa belum ada tarikh rasmi, sepatutnya acara ini berlangsung pada masa studenta IPT sedang bercuti. Ini juga saya yakin akan membantu menambahkan bilangan penyertaan.
Apabila kerja-kerja publisiti dilakukan denga baik, tidak perlulah ada peserta-peserta yang terpaksa atau dipaksa seperti baru-baru ini. Ini juga sesuatu yang perlu di elakkan. Contoh semasa race ditioman pada Kilometer 15-17 di Juara saya telah meheret dan mengangkat seorang peserta dari Wataniah yang pengsan dan apabila beliau sedar beliau memberitahu yang mereka sedang menjalani latihan pandu arah di Rompin dan mereka diarahkan untuk masuk ke race ini. Saya rasa perkara ini cuma akan mengundang bahaya dan yang lebih buruk lagi apabila berlaku sesuatu yang tidak dingini nama yang akan di sebut-sebut adalah (Ampun Tuanku) nama Sultan Ahmad Shah sendiri
Selain itu, warga kerja untuk event perlulah terlibat dari awal lagi. Langkah ini boleh mengelakan datangnya idea-idea yang bernas dan baik tetapi pada masa yang sudah terlambat. Ini saya anggap sebagai nasalah kerana ada beberapa orang yang hanya muncul pada beberapa hari sebelum perlumbaan. Walaupun mereka ini profesional dan cekap, penglibatan mereka diperingkat akhir nampak seperti mengucar-kacirkan keadaan.
Beberapa perkara yang penting juga seperti penyediaan air perlu di selenggarakan dan disediakan dengan cukup pada masa akan datang kerana ini adalah sangat penting. Pada race 2009, ramai peserta yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan penyediaan air. Sepatutnya didalam pertandingan seperti ini air yang desidiakan mestilah ‘free flow’. Tak patut kalau air untuk peserta dicatu kerana mereka memerlukan air yang banyak untuk proses rocovery selepas berlari berpuluh kilometer dibawah panas terik. Malah ada juga laporan dari pasukan medic dimana ada dikalangan peserta terpaksa di drip dengan air kerana dehidrasi. Nasib tak da yang mati.
Secara keseluruhannya, saya berpendapat SAS eco-challeng 2009 telah dianjur dan dijalankan dengan baik berbanding 2008. Walaubagaimanapun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki bagimeningkatkan mutu dan kualiti penganjurannya.
Dikesempatan ini juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada En.Hisyam Che Mat yang telah melibatkan saya pada tahun lepas. Terimakasih juga pada event director, Dato’ Thong, race director, Mr. Mazlin Othman, Assitance chief marshall, Kolonel Zul dan seluruh pasukan marshall, seterusnya seluruh warga kerja bagi SAS eco challenge 2009 dan terima kasih juga kepada Tentu Intan Sdn. Bhd.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
salam shawn..
good n excellence job...awak mmg layak pegang jawatan chief marshall tu...kebajikan semua marshall mmg terjaga. thanks a lots shawn. ALLAH swt sahaja yg dapat membalasnya. Semoga untuk race tahun hadapan, shawn akan terlibat lagi......Thanks again bro...
tahniah mr. chief marshall...
salam perjalanan...
Salam,
Trima kasih yg xterhgga kerana memberi peluang dan ruang....
semoga jasa anda dbalas dgn rezki2 dariNya...
Bro shawn mmg sempoi ar....
hehehe...
Salam rekreasi...
tq semua.... Tq very much bos...
oarang kampung? emam bantahan? medapat? studenta IPT? meheret? nasalah? desidiakan? rocovery? Assitance? Aku banyak gelak Shawn..... Apa2 pun good job bro... Hahahahahahahaa!
salam...
Kecoh la mi..... content tu yang penting......
salam perjalanan...
Post a Comment