Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM “KEM SURVIVAL PHYTAS 09”

Pada 26-28 hb Februari lepas, Total Adventure Consulting & Training telah menguruskan satu program anjuran Fakulti Sains Kesihatan,UiTM. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertujuan meningkatkan jatidiri, motivasi diri dan meningkatkan keupayaan ikhtiar hidup.
Para peserta diberi taklimat keselamatan dan ground orientation

Program ini dijalan di Lato Charok, Janda Baik. Ini adalah kerana kawasan Lato Charok hanya menawarkan kemudahan asas sahaja dimana para peserta dari Fakulti Sains Kesihatan akan belajar bagaimana untuk menguruskan diri dalam keadan serba kekurangan. Program ini sengaja dijalankan didalam keadaan serba kekurangan kerana sesuai dengan nama program itu
sendiri “ Kem Survival PHYTAS 09”.

Antara persediaan sebelum menjalankan aktiviti. Stretching dan briefing.

Survival bukanlah satu pendekatan atau tingkah laku yang hanya kita gunakan semasa didalam hutan sahaja. Kita perlu “survive” dimana-mana sahaja. Sebagai contoh, ketika berada di kampus UiTM sendiri, ketika kita dikelilingi dengan kemudahan infrastruktur yang baik, dengan budaya hidup “student life” yang berbagai-bagai, dengan kepadatan jadual kelas ditambah pula dengan aktiviti kolej dan mungkin ada sesetengah pelajar yang terlibat dengan persatuan-persatuan di UiTM….. pada masa ini juga kita perlu “survival” untuk sentiasa dalam kelompok yang tidak ketinggalan dalam pelajaran.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah, LOW ROPE COURSE, WATER FALL REPELLING,FLYING FOX, BLIND TRAIL, BASIC SURVVIVAL, TREKKING dan SOLO DROP. Setiap aktiviti yang dijalankan bukan bertujuan semata-semata untuk memberi pengalaman baru kepada peserta, malahan banyak input yang cuba diterapkan kepada peserta dari Fakulti Sains Kesihatan ini sendiri.



Aktiviti low rope yang telah dijalankan bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada peserta bahawa sebagai satu pasukan kita perlu menyokong dan membantu antara satu sama lain untuk melihat kawan kita berjaya. Samalah juga situasi ketika belajar di kampus, malahan halangan yang ada jauh lebih besar ketika melakukan aktiviti low rope tempoh hari…..



Dalam aktiviti seperti Water fall repelling dan solo drop, antara apa yang cuba disampaikan ialah sebagai pelajar di UiTM ada masanya kita perlu memberanikan diri bagi menghadapi cabaran dan dugaan. Kerana ada masanya kita akan bersendirian ketika dilanda masalah dan dugaan. Untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu mengawal setiap perasaan yang ada pada kita dan aktiviti ini mengajar kita pentingnya untuk “conquer our fear”….


Dengan sikap dan feedback yang ditunjukan oleh peserta program “Kem Survival PHYTAS 09” saya yakin mereka ini adalah pelajar yang bakal menjadi produk UiTM yang berjaya. Dengan semangat kerjasama yang ditunjukan semasa aktiviti, malahan semasa makan, semasa bergilir-gilir menjaga malam dan semasa setiap pergerakan disana mereka ini adalah mahasiswa yang berpandangan jauh dan berwawasa.


Saya mewakili Total Adventure Consulting & Training mengucap selamat majujaya kepada seluruh peserta “Kem Survival PHYTAS 09”. TeamTACT juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM kerana memberi ruang untuk bekerjasama dengan pihak Team TACT. Terima kasih juga kepada pensyarah pengiring yang sanggup meninggalkan keselesaan dirumah dan berjauhan dari keluarga tersayang pada hujung minggu demi memberikan ilmu kepada peserta program. Semoga jasa tuan-tuan dihargai oleh mereka dan pasti keikhlasan tuan-tuan akan dibalas oleh Allah S.W.T.


Sekian. Together Everyone Achives More. TERIMA KASIH

18 comments:

Anonymous said...

errr.. assalamualaikum
bukan PHYPAS.. PHYTAS yerk
he3

teamtact said...

SalamRekreasi....

orite...tq faiz...

Anonymous said...

salam.......
SELAMAT dan TAHNIAH.....
BUAT TEAM TACT....

hijau bumi Tuhan... said...

tahniah teamtact...nmpknya xtvt x putus2...slmt maju jaya...


salam perjalanan...

Anonymous said...

tq utk pengalaman yg menarik..
first time rase mkn dlm talam..wit the boys..

sume acare best..especially waterfal repelling...
hope can see u guys another day..tq again..

anna husna said...

tq utk pengalaman yg menarik..
first time rase mkn dlm talam..wit the boys..

sume acare best..especially waterfal repelling...
hope can see u guys another day..tq again..

Physiotherapy FSK said...

Jgn lupe lawat juge blog kami.

phytas.blogspot.com

terima kasih Team TACT untuk semuanye.

Anonymous said...

sori nyampuk..
ade x lg gmbr len2..
kmi x bwk kamera r so x byk gmbr..
klo bleh emailkan kt kmi..

Anonymous said...

mmg sgt bes pg sne...
byk bende br yg dpt sye blajar..
tp 1 je yg kurang,
GAMBAR...
kalau blh kami nk semue gmbr yg b'kaitan dgn kem ini.

Anonymous said...

Bt0l..bt0l.. Gmbr byk skit.tenq

Anonymous said...

salammm teamTact geng..

kem surbibel memg beshh..pes time ice breaking pake stokin laki.xpenah seUmo idop terPK nak pake stokin laki even abg senirik lbh2 lagi stukin yang telah dipake.huhu..

'lumpur'--obat jerawat yang paling mujarab..nak lagi.

Unknown said...

salam teamtact...
anyway tq for penglaman yg best.. hopefully bleh naik flying fox & waterfall repelling, TQ

Anonymous said...

salam teamtact geng..

thnx 4 giving us unforgettable experience...

mula2 mcm rase nk blk je...xmo join camp ni, but at last byk benda yg belajar...

and pengalaman main lumpur sgt best..hehe...

all da best to u guys..

>>ex-sportrec (",)

teamtact said...

Salam rekreasi...

terima kasih atas sokongan yang diberikan. Seperti yang dikatakan hari tu, semoga impak dari kem ini memberi kesan positive kepada anda semua....

berkenaan gambar... terlalu banyak gambar yang telah di ambil... tetapi agak mustahil untuk saya emailkan semuanya... apakata saya cadangkan supaya menghantar seorang wakil untuk saya berikan semua gambar program aritu... kalau ada masalah untuk datang ke shah alam.. wakil team TACT pun boleh kesana. cuma perlu tau dengan siapa saya nak serahkan gambar2 ni....

sekian... Selamat Maju Jaya

Anonymous said...

caikyo la director team tact.....
u r d best instructor.

Anonymous said...

salam..mr teamtact..nnt klo nak bagi gamba kat wakil kami, tulun published kan detail about wakil kami tu sbb kami susah nak jumpe sesame seniri.lg plak ade yang perhi praktikal.so xtau nnt sape yang dapat gamba tu..thanxx

Anonymous said...

salammm..teamtact,
dah ade ke wakil kami yang menerima gambar camping?
sekiranya belum ade, bolehlah pihak teamtact menghantar gambar2 tersebut kat emel saya..

cacibocomei@yahoo.com.

tetapi sekiranya sudah ada yang wakil yang menerima gambar tersebut, xpelah.

teamtact said...

Salam...

cacibo... setakat ni belum ada yang dtg untuk ambil gambar tu... tapi dah ada yang call kata nak datang minggu ni.... so.. tunggu lah ye... kalau nak email pun tak lepas... besar sangat... mungkin lepas ni cacibo boleh contact ur priject manager.. Helmi...tq..