Wednesday, March 25, 2009

PROLINTAS

Pada 20-22hb Mac Team TACT telah sekali lagi dilantik oleh sebuah syarikat sebagai consultance bagi menjalankan kursus leadership + teambuilding. kumpulan sasaran untuk program kali ini ialah kumpulan penyelia dari PROLINTAS. Dengan jumlah peserta seramai 14 orang program yang menggunakan konsep "we share for better" ini Alhamdulillah tampak berkesan.

Pendekatan "sharing" yang digunakan peserta bagi setiap aktiviti yang dilakukan, antara aktiviti yang dilkukan peserta ialah korparat survival, problem solving, managements games, waterfall rapelling dan communication train.

Selain aktiviti-aktiviti luar yang dilkukan peserta, mereka juga desediakan satu slot ceramah yang bertajuk "effective communication". Didalam slot ini peserta kursus diperjelaskan tentang cara dan adab berkomunikasi dengan mencontohi sifat-sifat Rasul Allah Muhamad S.A.W. dimana penting bagi umat Islam untuk mencontohi sifat-sifat terpuji ini. Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah, yang bermaksud (benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana) jika dapat diterapkan dalam teknik berkomunikasi sudah tentu para peserta akan mendapat keputusan luar biasa.

Dengan komitmen kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program ini berlangsung, sudah pasti mereka yang pulang dari program ini bakal melakukan sesuatu bagi meningkatkan mutu kerja dan pasti PROLINTAS juga akan terus maju sejajar dengan misi dan visi syarikat.

Dikesempatan ini, Total Adventure Consulting & Training (Team TACT) merakamkan ucapan terimakasih kerana PROLINTAS sudi untuk bekerjasama dengan pihak kami dan diharap PROLINTAS dan Team TACT akan bekerjasama lagi di masa-masa akan datang.

Sekian.

Tuesday, March 10, 2009

SAITO COLLEGE....

Pada 6,7,dan 8 hb Mac baru ini satu lagi program telah diselenggarakan oleh Team TACT. Kali ini program yang dijalankan adalah bersama pihak dari SAITO COLLEGE. Kira-kira seramai 32 orang dari pihak SAITO college terdiri dari peringkat Director hinggalah ke pegawai pemasaran telah terlibat dalam program tersebut.

Banyak aktiviti yang telah dilakukan dan aktiviti yang dilkukan bukan sahaja dai pihak Team TACT malahan dari pihak SAITO sendiri telah melakukan beberapa aktiviti yang menarik.

Apaaa yang penting...!?? Kerjaaa..sama...!!!

Susah.......bagi mereka bukan alasan........

Segala Cabaran.... mereka sahut dengan kejayaan...

Setiakawan.... menjadi tunjang...

Semangat mereka..... sentiasa tinggi...

Bagi mereka.... tiada yang mustahil......!!!


Sesuai dengan objektif program ini diadakan, peserta program telah dihidangkan dengan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan diri dalam melasanakan tugasan ketika bekerja. Selain itu aktiviti yang dilalui peserta juga membantu untuk peserta lebih menghargai antara satu sama lain bagi menghasilkan satu pasukan yang betul-betul mantap. Peserta juga diterapkan dengan nilai-nilai keberanian untuk bertindak apabila melakukan beberapa aktiviti yang memerlukan mereka mengatasi ketakutan dalam diri.

Sepanjang program berjalan, peserta telah menunjukan komitmen dan keiklasan yang tinggi untuk terlibat dalam aktiviti yang disediakan. Dengan komitmen dan keiklasan yang ditunjukan mereka pihak Team TACT percaya mereka ini bakal mencapai target yang telah ditentukan syarikat… malah dengan keupayaan dan flexibility yang mereka pamerkan tidak mustahil mereka akan dapat lebih dari target syarikat.


Team TACT mendoakan kejayaan bagi kesemua peserta program dan Team TACT juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kesudian untuk bekerja sama dengan pihak kami.


ONE TEAM-ONE GOAL......

MILOOOoooo........

Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM “KEM SURVIVAL PHYTAS 09”

Pada 26-28 hb Februari lepas, Total Adventure Consulting & Training telah menguruskan satu program anjuran Fakulti Sains Kesihatan,UiTM. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertujuan meningkatkan jatidiri, motivasi diri dan meningkatkan keupayaan ikhtiar hidup.
Para peserta diberi taklimat keselamatan dan ground orientation

Program ini dijalan di Lato Charok, Janda Baik. Ini adalah kerana kawasan Lato Charok hanya menawarkan kemudahan asas sahaja dimana para peserta dari Fakulti Sains Kesihatan akan belajar bagaimana untuk menguruskan diri dalam keadan serba kekurangan. Program ini sengaja dijalankan didalam keadaan serba kekurangan kerana sesuai dengan nama program itu
sendiri “ Kem Survival PHYTAS 09”.

Antara persediaan sebelum menjalankan aktiviti. Stretching dan briefing.

Survival bukanlah satu pendekatan atau tingkah laku yang hanya kita gunakan semasa didalam hutan sahaja. Kita perlu “survive” dimana-mana sahaja. Sebagai contoh, ketika berada di kampus UiTM sendiri, ketika kita dikelilingi dengan kemudahan infrastruktur yang baik, dengan budaya hidup “student life” yang berbagai-bagai, dengan kepadatan jadual kelas ditambah pula dengan aktiviti kolej dan mungkin ada sesetengah pelajar yang terlibat dengan persatuan-persatuan di UiTM….. pada masa ini juga kita perlu “survival” untuk sentiasa dalam kelompok yang tidak ketinggalan dalam pelajaran.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah, LOW ROPE COURSE, WATER FALL REPELLING,FLYING FOX, BLIND TRAIL, BASIC SURVVIVAL, TREKKING dan SOLO DROP. Setiap aktiviti yang dijalankan bukan bertujuan semata-semata untuk memberi pengalaman baru kepada peserta, malahan banyak input yang cuba diterapkan kepada peserta dari Fakulti Sains Kesihatan ini sendiri.



Aktiviti low rope yang telah dijalankan bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada peserta bahawa sebagai satu pasukan kita perlu menyokong dan membantu antara satu sama lain untuk melihat kawan kita berjaya. Samalah juga situasi ketika belajar di kampus, malahan halangan yang ada jauh lebih besar ketika melakukan aktiviti low rope tempoh hari…..



Dalam aktiviti seperti Water fall repelling dan solo drop, antara apa yang cuba disampaikan ialah sebagai pelajar di UiTM ada masanya kita perlu memberanikan diri bagi menghadapi cabaran dan dugaan. Kerana ada masanya kita akan bersendirian ketika dilanda masalah dan dugaan. Untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu mengawal setiap perasaan yang ada pada kita dan aktiviti ini mengajar kita pentingnya untuk “conquer our fear”….


Dengan sikap dan feedback yang ditunjukan oleh peserta program “Kem Survival PHYTAS 09” saya yakin mereka ini adalah pelajar yang bakal menjadi produk UiTM yang berjaya. Dengan semangat kerjasama yang ditunjukan semasa aktiviti, malahan semasa makan, semasa bergilir-gilir menjaga malam dan semasa setiap pergerakan disana mereka ini adalah mahasiswa yang berpandangan jauh dan berwawasa.


Saya mewakili Total Adventure Consulting & Training mengucap selamat majujaya kepada seluruh peserta “Kem Survival PHYTAS 09”. TeamTACT juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM kerana memberi ruang untuk bekerjasama dengan pihak Team TACT. Terima kasih juga kepada pensyarah pengiring yang sanggup meninggalkan keselesaan dirumah dan berjauhan dari keluarga tersayang pada hujung minggu demi memberikan ilmu kepada peserta program. Semoga jasa tuan-tuan dihargai oleh mereka dan pasti keikhlasan tuan-tuan akan dibalas oleh Allah S.W.T.


Sekian. Together Everyone Achives More. TERIMA KASIH

Wednesday, February 18, 2009

MSP UiTM Segamat

Antara aktiviti yang dilakukan oleh peserta dari MSP UiTM Segamat....

Taklimat keselamatan...!

Jungle Trekking

Waterfall Rapelling.............








Mandi manda......
Staf unit sukan En Reza......

Water confidence............

seperti biasa Briefing & debriefing sebelum dan selepas aktiviti




Rafting.........


Together Everyone Achives More



Pada 13hb-15hb Februari baru-baru ini MSP (Majlis Sukan Pelajar) dibawah kelolaan Unit Sukan UiTM Segamat telah selamat menjalankan satu program team building di Lato Charok, Janda Baik, Pahang. Progaram telah dijalankan dengan jumlah peserta seramai 27 orang 4 orang staff unit sukan dan 3 orang staff UiTM dan khidmat konsultan adalah dari Team TACT.

Alhamdulillah, dengan keadaan cuaca yang baik, peserta yang berdisplin, staf Unit Sukan yang bijak dan staf Team TACT yang cekap, semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik sekali.


Sakit
Walaubagaimanapun, seorang peserta telah dihantar pulang kerana demam. Peserta tersebut, Fara, telah mengadu rasa hendak demam sejak dari UiTM Segamat. Setelah sampai di Janda Baik peserta tersebut yang sekali lagi mengadu demam dan muntah-muntah dan terus dihantar oleh Team TACT dan staf Unit Sukan UiTM Segamat ( Cik Shikin ) unuk mendapat rawatan awal di sebuah klinik di Bentong. Rawatan susulan dilakukan di Hospital Bentong dan seterusnya peserta tersebut dihantar pulang ke rumah beliau di Cheras.


Komitmen
Dengan dedikasi yang ditunjukan oleh staf Unit Sukan dan para peserta, Team TACT yakin MSP akan akan bertambah maju lagi pada masa-masa yang akan datang. Dengan pengisian program yang telah dilakukan sendiri oleh pihak Pusat Sukan UiTM Segamat dan Team TACT pasti banyak yang telah dipelajari oleh peserta.


Terimakasih

Team TACT mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Sukan UiTM Segamat kerana memilih kami untuk bekerjasama dengan pihak Unit Sukan UiTM Segamat.Semoga kita boleh bekerja sama lagi di masa-masa akan datang. Terima Kasih.