Thursday, October 29, 2009

Chelsea....

Taknak tulis ape-ape la.... nanti ramai yang terasa... kite tengok gambar je ok.... byyeee...

Tuesday, October 27, 2009

LATA HAMMER III......ada berani...???









SIAPA...??.... Siapa sahaja yang minat rekreasi...
BILA.....??.... bulan 12... nak pasti lagi.. tanya person incharge...
PERSON INCHARGE .....???.. YASER, ABE & BOXER.... (call la diorang utk rujukan )





Tuesday, October 20, 2009

We are done.... now yours.....














Aktiviti-aktiviti beginilah yang kami lakukan untuk satukan hati ahli-ahli PERLU

Saturday, October 17, 2009

PEMUDA UMNO

Wah...!!! Barisan pemuda UMNO wujudkan "bilik perang"..... Sesuaikah ungkapan "bilik perang" tu.... Mesti ramai anak muda yang kini menjadi target utama UMNO akan suka dengan istilah "Bilik Perang" ini..... tapi adakah meraka paham apa? Siapa? Bila? Dimana? Bagaimana? yang dimaksudkan dengan "perang" tu...

Baguslah kalau pucuk pimpinan sudah mula sedar bahawa anak-anak muda hari ini inginkan satu revolusi demi satu pembaharuan.... Jadi memang sesuailah istilah "bilik Perang" yang digunakan demi menarik kecenderungan anak-anak muda....

Cuma satu lagi homework yang perlu dilakukan oleh pucuk pimpinan adalah.... dengan sapa mereka akan berperang.... RASUAH...? SKANDAL...? KRONI...? SALAH GUNA KUASA..? Jika ini yang menjadi matlamat "PERANG" tersebut, saya yakin ramai pemuda yang sudah pandai menilai yang cantik dan yang buruk..... yang wangi dan yang busuk akan turut serta dalam perjuangan.....


Agak-agak la...... sapa yang kena serang...???

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA YANG DIKASIHI, YANG DIRINDUI, YANG DEKAT, YANG JAUH, YANG DIKENANG, YANG DISANJUNG, YANG MENYOKONG, YANG MENJATUHKAN, YANG DIBENCI,YANG MEMBENCI, YANG MENYUMPAH, YANG DISUMPAH, YANG SAYANG DAN MENYANGI........ KELUARGA, GURU,SAHABAT PEJUANG,KEKASIH, RAKAN DAN MUSUH....... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR & BATIN...... SEMOGA HARI RAYA INI DISAMBUT DENGAN PENUH KASIH SAYANG, KEMAAFAN & KEBAHAGIAAN...

Monday, September 7, 2009

AL-QURAN

Sekali lagi umat Islam dunia akan menyambut satu hari yang sangat besar........ iaitu hari turunnya Al-Quran kepada baginda Rasulullah S.A.W untuk disebar-sebarkan.....

Al-Quran telah diturunkan bukan sahaja untuk dibaca, malah dikaji, dijadikan petunjuk dan panduan untuk semua umat manusia. Al-Quran jugalah yang sepatutnya menjadi panduan untuk membezakan yang HAK dan yang BATIL.....

Jadi....marilah kita sama-sama berpandukan Al-Quran dalam apa-apa situasi dalam hidup kita dan sama-samalah kita doakan agar para pemimpin kita memimpin kita berpandukan Al-Quran.....



Sunday, September 6, 2009

PERANG.....

Pada tarikh yang sama..... 17...pada bulan yang sama..... Ramadhan.... Tapi pada tahun yang lain iaitu 2 selepas Masihi...... Dunia Islam telah mencatat sejarah besar yang sering menjadi bualan... sering menjadi contoh....sering menjadi panduan oleh semua umat Islam dan kaum kafirin.... malah pernah dijadikan cerita oleh dunia Hollywood cuma beberapa berubahan pada dasar cerita diubah dan diolah supaya bukan Islam yang mendapat nama......

Apa dia peristiwa yang besar itu.....??? Perang..... ya...Perang Badar Qubra (besar) yang menyaksikan Rasullullah S.A.W bersama tenteranya seramai 311 orang telah menewas musuh Islam yang pada ketika itu berlipat-lipat kali ganda ramainya.......

Didalam ketekunan manjalani ibadah puasa dan keberanian serta kesanggupan untuk berjihad dan kesediaan untuk syahid meraka beroleh kejayaan yang bukan sahaja untuk mereka malah seluruh umat Islam hingga kini dan masa akan datang......

Moga-moga kita diberi petunjuk, kekuatan dan kemantapan iman seperti mereka-mereka yang hidup, seperti mereka-mereka yang berjuang dan seperti mereka-mereka yang mati di dalam Agama Allah.......Amin...

Thursday, August 27, 2009

FINAL CAMP....

Final Camp...... Banding 1 ( participant ) Kenyir2, Redang1, Perhentian, Pangkor1, Pangkor2, Janda Baik 1, Kenyir3, Kenyir4, Janda Baik2 , Kapas1 ...... tak termasuk final camp degree semasa Mr. Amri mengajar dulu di Camp Lenggeng dan Ekspidisi Jejak Mat Kilau......

Sedar tak sedar.... banyak jugak Progam Final Camp yang pernah saya sertai... Alhamdulillah masih dikurniakan keupayaan untuk turut serta sehingga final camp Kapas yang baru saja melabuhkan tirainya......

Sememangnya setiap program final camp akan mempunyai ceritanya yang tersendiri..... setiap camp pendekatannya berubah-ubah mengikut keadaan peserta dan faktor-faktor lain seperti kesesuaian aktiviti dan durasi camp itu sendiri. Walaupun pendekatan yang diambil berubah-ubah tetapi konsep “ Outdoor Education” itu tetap dikekalkan sehingga sekarang..... lagi pun memang itu objektif program.....

Sememangnya penglibatan didalam program ini baik sebagai peserta atau instructor pasti akan memberi pengalaman yang tersendiri dan pasti akan ada kenangan yang tak mungkin dapat kita lupakan...... sedar atau tidak, dalam proses menjayakan sesuatu camp sangat banyak perkara yang tersurat dan tersirat akan berlaku....

Monday, August 24, 2009

TAHNIAH MASJID SHAH ALAM.....

Menjelang 1 Ramadhan baru-baru ini berpusu-pusulah uamat Islam di muka bumi ini mengunjungi rumah-rumah Ibadah untuk sama-sama menggandakan amal ibadah..... begitu jugalah yang berlaku di Ibu Negeri Selangor.... Bandar Shah Alam.. semua surau dan masjid penuh melimpah-limpah...

Alhamdullillah saya juga besekempatan untuk sama-sama berterawikh. Saya berterawikh di masjid Shah Alam. Suasana di persekitaran Masjid sewaktu menjelang Isya' tak ubah seperti waktu solat Jumaat... Waktu saya tiba sudah rakaat yang kedua solat Isya'... jadi di saf yang belakanglah saya.... sewaktu berjalan mencari ruang yang kosong kelihatan ramai juga anak-anak kecil dibarisan belakang... terditik juga dihati saya untuk berjalan ketempat lain.... bukan apa, risau kalau kanak-kanak tu bising sampai menganggu... Alhamdulillah selesai solat Isya' saya menoleh kebelakang..... rupa-rupanya ada pengawal-pengawal di tempatkan dikawasan kanak-kanak supaya mengawal tatatertib anak-anak itu....... saya memuji tindakan pihak yang bertanggungjawab meletakan pengawal-pengawal tersebut....

Tapi bukan itu sahaja... sebelum solat Tarawikh para jemaah juga dimaklumkan tentang kewujudan pusat jagaan kanak-kanak yang diwujudkan bagi kemudahan Ibubapa yang mempunyai anak bawah 2 tahun..... Selain itu ada klinik yang akan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan pada hari Isnin untuk sesiapa sahaja....

Apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan Masjid Shah Alam memang wajar mendapat pujian... semoga usaha-usaha seperti ini ditiru oleh masjid lain yang berkemampuan dan semoga usaha ini diteruskan pada masa yang akan datang....

Wednesday, August 5, 2009

Aduh hai....

Assalammualaikum.....

Lama gak la tak update blog ni.... bukan ape agak sibuk jugak la saya dan Team TACT kebelakangan ni.... Alhamdulillah...rezki Allah...Minggu sepatutnya ada group di Janda Baik..... tapi cancel pulak.... takpa... ada la hikmahnya tu....

Apa-apa pun, minggu depan InsyaAllah akan ke Pulau Kapas bagi membantu program Final Camp sekali gus menambah lagi pengalaman dan ilmu... Sebelum tu, pada 6,7 dan 8 hb ni ada first camp untuk pelajar diploma sport science..... emm.... tengah kira-kira juga ni.... nak pegi ke tidak....

Apa-apa pun saya mengucapkan selamat meaju jaya kepada semua student yang akan ke program first camp dan final camp diploma & degree ...... Rancanglah baik-baik....Implementlah betul-betul.... selamat...

Tuesday, June 16, 2009

TOTAL ADVENTURE CONSULTING & TRAINING

Total Adventure Consulting & Training (Team-TACT) formerly known as Sport Recreation Adventure Team (SRAT) was formed in 2004 by the pioneer professional members of SR Adventure Team. After undergone successive of business developments, the company was subsequently converted into a private company in 2008. The company was registered under the name of Total Adventure Consulting & Training (Registration No: SA-0089299-X)

The core business of the company is to provide training and development to the customers through integration of in – house training sessions and outdoor adventure activities. All these programs are conducted by our professional consultants and specialized instructors with combined experience of over 30 years.

Our customers to date ranging from directors, managers, supervisors, staffs, students and members of clubs/societies from various corporate and government agencies locally and internationally.

We believe in providing the utmost excellent services to our customers relevant to their individual satisfaction and organizational needs. With that we are consistently upgrading our services with the changing needs of the customers and organizations inline with the environmental dynamics.

Monday, May 25, 2009

Alahai.....konsep ape sayang....?

Assalamualaikum....

Masa lapang yang digunakan bagi membelek post rakan-rakan bloger yang lama telah menarik perhatian saya untuk menengahkan satu isu yang telah dibangkitkan di bahagian komen dalam blog “O.L.E” yang bertajuk “ Destinasiku : Final Camp Pangkor 2009 – FSR Arau”

Isu yang dibangkit amat jelas bahawa beliau kurang senang dan tidak bersetuju dengan konsep yang dibawa oleh Persatuan Rekreasi Luar UiTM (PERLU).

Beberapa perkara yang di bangkitkan juga ialah tentang konsep yang diguna pakai dalam T.O.T (Training Of Trainer) yang telah dijalankan beberapa ketika dulu.

Melihat komen beliau didalam blog “O.L.E” terfikir juga saya apakah sipolan ini hanya ingin menjatuhkan reputasi PERLU. Terus sahaja saya menghubungi beliau dan saya tanyakan. Mengikut kata beliau tidak “aku tak ada intension untuk down gred kan PERLU, tapi terpulanglah” emmm.....

Cuma apabila membaca komen-komen beliau saya terfikir-fikir juga..... sekiranya begitu sekali pendapat beliau dan rakan-rakannya (mengikut kata beliau dia mewakili beberapa orang).... kenapa semasa beliau mengambil subjek Outdoor bersama-sama En. Bakar dulu (semasa En. Hisyam ke Australia) PERLU sahaja yang mereka nampak untuk membantu mereka..... Heran.....heran....

Kalau ikut gaya penulisan seperti seorang cendiakawan.... tapi beberapa kejadian pelik juga saya masih ingat hingga ke hari ini. Tapi tak pa la..... kalau dituliskan takut pemahaman pulak salah...Cuma satu la yang saya harapkan... bila menulis biarlah kita menulis sesuatu yang pasti.... jangan bila ditelefon dan ditanya jawapannya.....”emmmm.....yang tu aku tak tau la pulak...” atau “ emmmm..... ade ke....kurang pasti la pulak....” kalau tak tau atau kurang pasti..... tak payah la tulis.... tulis yang pasti.... sebab pembaca akan membuat kesimpulan dengan apa yang di baca.

Berkenaan beberapa isu seperti mercun, setahu saya dan saya yakin mercun digunakan bagi menghalau beruk dan digunakan dalam permaianan war games selain di baling semasa aktiviti survival sdeng dijalankan. Sebabnya saya rasa beliau cukup bijak untuk mengetahui sebabnya. Yang pasti tidak ada kecederaan kepada participant akibat mercun.

Berkenaan waktu solat, masa telah diberikan. Dalam perbualan beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak puas hati apabila dihukum kerana melambatkan solat Zohor pada hari pertama..... cuba fikir sekali lagi......emmm...

Berkenaan “instructor tidak ada time management”, saya berpendapat ulasan ini dibuat kerana mungkin beliau melihat ada instructor yang tidur semasa aktiviti dijalankan. Untuk maklumatm instruktor juga ada jadual rehat atau lebih mudah difahami instructor menjalankan aktiviti dengan system rotation. Yang penting aktiviti berjalan seperti yang dirancang dan akan ada instructor yang mengawasi dan mengendalikan aktiviti.

“Bergurau dihadapan participant” merujuk kepada satu aktiviti dimana peserta TOT akan menjadi instructor dan instructor menjadi peserta. Instructor akan cuba melakonkan watak peserta yang degil untuk melihat bagai mana peserta TOT akan mengatasi masalah itu sebagai seorang instructor.

Instructor yang mencelah dan interupt juga merujuk kepada aktiviti ini. Kerana sebagai instructor kita sentiasa akan dicelah oleh peserta semasa memberi penerangan. Bagaimana kita nak atasi.....???? Simulasi ini dilakukan supaya anda berfikir...... Biar malu depan kawan-kawan dari malu kerana memberi ajaran sesat dikemudian hari.....

“Participant health information......” betul ke isi borang... emm.... macamana borang tu masih ada hingga ke hari ini ye..... lupa kot yang anda tu pernah isi borang yang tanya pasal penyakit....pengalaman rekreasi... kebolehan berenang tu..... tak pe la.....

“Tinggalkan model yang old school......” macam mana nak tinggal kalau kesannya lebih baik.....???? buktinya....? apa sumber rujukanya...? mana researhnya....? Belum ada research lagi..... tapi boleh compare kan sendiri instructor yang lama dan yang baru..... cuba kaji kemalangan dalam rekreasi. Apa sebabnya....?

TOT bukan progaram untuk berseronok. Bukan leisure camp. Pasal konsep pulak.... kami ada konsep kami.

Thursday, May 21, 2009

SULTAN AHMAD SHAH ECO CHALLENGE 2009 VS 2008

Assalammulaikum......
Apa habaq oarang kampung.....???? Alhamdulillah Sultan Ahmad Shah Eco Challenge 2009 hari ini telah genap 12 hari melabuhkan layarnya....

Saya telah terlibat dengan SAS Eco Challenge dari tahun 2008 lagi... Pada ketika itu saya bekerja sebagai Asistance Chief Marshall dibawah pimpinan Chief Marshall En. Hisyam Che Mat dan Race Director Konel Bustaman. Pada tahun ini dengan ketiadaan En. Hisyam Che Mat yang sibuk dengan kerjanya di Uitm yang pada ketika itu sedang berlangsungnya peperiksaan akhir semester, saya bekerja di SAS eco challenge sebagai Chief Marshall di bawah pimpinan Race director yang baru iaitu Mazlin Othman.

Dalam coretan saya kali ini saya cuma akan membuat perbandingan antara SAS race 2008 dan SAS race 2009.

Agak banyak perbezaan race kali ini berbanding tahun 2008. Pertamanya SAS Eco Challenge 2009 telah berlangsung di dua tempat iaitu di Tasik Bera dan Pulau Tioman. Race kali ini juga lebih mirip kepada trail blazer dengan ketiadaan displin-displin lain kecuali berlari ‘on road’ dan ‘off road’. Seperti tahun lepas banyak juga displin yang perlu di lakukan peserta seperti berlari, berkayak dan berbasikal.

Event Director untuk program kali ini adalah Dato’ Kolonel Thong dimana pada tahun lepas beliau telah ditugaskan untuk menjaga logistic. Pada tahun lepas SAS Eco Challenge telah dikendalikan oleh Kolonel Bustaman.....

Cara kerja kali ini nampak sedikit perubahan yang positive dimana semua kerja di agih-agihkan pada peringkat awal (walaupun tak awal sangat). Jadi kuranglah kejadian-kejadian yang tak sepatutnya seperti tahun lepas. Contoh Chief marshall hanya diberitahu untuk buat Rules & regulation beberapa jam sebelum bot bertolak masuk ke Pulau Tioman. Secara keseluruhanya secara peribadi saya merasakan Dato’ Thong lebih arif dan lebih mudah untuk bekerjasama selain agak mudah menerima pendapat orang lain. (sekurang-kurangnya takde la pelawa kami minum Tiger.....) pendek kata lebih hormat pada yang lain-lain.

Lain-lain perkara saya juga merasakan kebajikan marshall kali ini lebih terjaga jika dibanding dengan tahun lepas dimana pada 2008 marshall Cuma merempat di Marine Park dan mengharapkan simpati dari pihak Tentera Kor 3 Ubat untuk meminjam katil medan untuk bermalam. Kali ini 2009, marshall telah diberikan bilik yang selesa untuk berehat.

Tentang perjalanan race juga saya dapat rasakan ada peningkatan dalam kualiti pihak penganjur. Jika di bandingkan dengan tahun lepas jumlah bantahan atau protes, tiada bantahan atau protes langsung semasa race tamat di Tioman kecuali emam bantahan semasa race di Tasik Bera dan semua bantahan hanya kerana ketiadaan ‘water station’ yang mencukupi.

Walau bagaimanapun masih terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh penganjur sekiranya Standard Sultan Ahmad Shah Eco Challenge ingin mencapai tahap yang exellence.

Sepatutnya banyak kerja-kerja publisiti yang disiapkan pada peringkat awal. Warga kerja SAS Eco Challenge hanya menjalankan kerja-kerja publisiti 2 bulan sebelum pertandingan dan berharap medapat penyertaan sehingga 500 orang. Ini sesuatu yang tidak masuk akal.

Kerja-kerja publisiti yang awal dan masa yang sesuai akan membantu untuk menambah bilangan penyertaan. Seperti yang telah saya cadangkan satu masa dulu semasa belum ada tarikh rasmi, sepatutnya acara ini berlangsung pada masa studenta IPT sedang bercuti. Ini juga saya yakin akan membantu menambahkan bilangan penyertaan.

Apabila kerja-kerja publisiti dilakukan denga baik, tidak perlulah ada peserta-peserta yang terpaksa atau dipaksa seperti baru-baru ini. Ini juga sesuatu yang perlu di elakkan. Contoh semasa race ditioman pada Kilometer 15-17 di Juara saya telah meheret dan mengangkat seorang peserta dari Wataniah yang pengsan dan apabila beliau sedar beliau memberitahu yang mereka sedang menjalani latihan pandu arah di Rompin dan mereka diarahkan untuk masuk ke race ini. Saya rasa perkara ini cuma akan mengundang bahaya dan yang lebih buruk lagi apabila berlaku sesuatu yang tidak dingini nama yang akan di sebut-sebut adalah (Ampun Tuanku) nama Sultan Ahmad Shah sendiri

Selain itu, warga kerja untuk event perlulah terlibat dari awal lagi. Langkah ini boleh mengelakan datangnya idea-idea yang bernas dan baik tetapi pada masa yang sudah terlambat. Ini saya anggap sebagai nasalah kerana ada beberapa orang yang hanya muncul pada beberapa hari sebelum perlumbaan. Walaupun mereka ini profesional dan cekap, penglibatan mereka diperingkat akhir nampak seperti mengucar-kacirkan keadaan.

Beberapa perkara yang penting juga seperti penyediaan air perlu di selenggarakan dan disediakan dengan cukup pada masa akan datang kerana ini adalah sangat penting. Pada race 2009, ramai peserta yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan penyediaan air. Sepatutnya didalam pertandingan seperti ini air yang desidiakan mestilah ‘free flow’. Tak patut kalau air untuk peserta dicatu kerana mereka memerlukan air yang banyak untuk proses rocovery selepas berlari berpuluh kilometer dibawah panas terik. Malah ada juga laporan dari pasukan medic dimana ada dikalangan peserta terpaksa di drip dengan air kerana dehidrasi. Nasib tak da yang mati.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat SAS eco-challeng 2009 telah dianjur dan dijalankan dengan baik berbanding 2008. Walaubagaimanapun masih banyak ruang yang perlu diperbaiki bagimeningkatkan mutu dan kualiti penganjurannya.

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada En.Hisyam Che Mat yang telah melibatkan saya pada tahun lepas. Terimakasih juga pada event director, Dato’ Thong, race director, Mr. Mazlin Othman, Assitance chief marshall, Kolonel Zul dan seluruh pasukan marshall, seterusnya seluruh warga kerja bagi SAS eco challenge 2009 dan terima kasih juga kepada Tentu Intan Sdn. Bhd.

Monday, April 20, 2009

SULTAN AHMAD SHAH ECO-CHALLENGE

Beberapa minggu kebelakangan ini Team TACT sibuk mengendalikan proses pengurusan SULTAN AHMAD SHAH ECO-CHALLENGE.... Program bakal berlangsung pada 2 Mei 2009 di Tasik Bera, Pahang dan 9 Mei 2009 di Pulau Tioman, Pahang.

Kategori yang di pertandingkan ialah Local ladies, Local Man, International Ladies dan International Man.

Untuk kategori Local para peserta hanya perlu mengambil bahagian di salah satu lokasi samada Tioman atau Bera. Manakala untuk kategori International peserta perlu menamatkan perlumbaan di Tioman dan Bera. Hadiah terkumpul untuk dimenangi ialah sebanyak RM40,000......!!!!

Maklumat lanjut boleh didapati di www.eco-challenge.com.my

Monday, April 6, 2009

Agak sibuk....

Pada 27-29 Mac TeamTACT telah mengendalikan program Sekolah Sukan Bukit Jalil. Selepas Itu masa yang ada telah diisi untuk mengemaskini segala peralatan TeamTACT yang telah digunakan untuk program .

Pada 3-4 April Saya telah bersama-sama membantu sebuah konsultan menjayakan program mereka. Semalam 5 April saya meluangkan masa saya bersama-sama keluarga tercinta di Bandar Jengka dan hari ini saya berada di jeti Mersing untuk ke Pulau Tioman esok bagi menyiapkan beberapa kerja diperingkat terakhir bagi event SAS eco challenge. saya disini hingga 10hb April dan seterusnya akan ke Tasik Bera.

Saya akan berada di Tasik Bera hingga 13hb April. Banyak cerita yang akan saya kongsikan kemudian.

Terima kasih.

Wednesday, March 25, 2009

PROLINTAS

Pada 20-22hb Mac Team TACT telah sekali lagi dilantik oleh sebuah syarikat sebagai consultance bagi menjalankan kursus leadership + teambuilding. kumpulan sasaran untuk program kali ini ialah kumpulan penyelia dari PROLINTAS. Dengan jumlah peserta seramai 14 orang program yang menggunakan konsep "we share for better" ini Alhamdulillah tampak berkesan.

Pendekatan "sharing" yang digunakan peserta bagi setiap aktiviti yang dilakukan, antara aktiviti yang dilkukan peserta ialah korparat survival, problem solving, managements games, waterfall rapelling dan communication train.

Selain aktiviti-aktiviti luar yang dilkukan peserta, mereka juga desediakan satu slot ceramah yang bertajuk "effective communication". Didalam slot ini peserta kursus diperjelaskan tentang cara dan adab berkomunikasi dengan mencontohi sifat-sifat Rasul Allah Muhamad S.A.W. dimana penting bagi umat Islam untuk mencontohi sifat-sifat terpuji ini. Sifat Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah, yang bermaksud (benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana) jika dapat diterapkan dalam teknik berkomunikasi sudah tentu para peserta akan mendapat keputusan luar biasa.

Dengan komitmen kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang program ini berlangsung, sudah pasti mereka yang pulang dari program ini bakal melakukan sesuatu bagi meningkatkan mutu kerja dan pasti PROLINTAS juga akan terus maju sejajar dengan misi dan visi syarikat.

Dikesempatan ini, Total Adventure Consulting & Training (Team TACT) merakamkan ucapan terimakasih kerana PROLINTAS sudi untuk bekerjasama dengan pihak kami dan diharap PROLINTAS dan Team TACT akan bekerjasama lagi di masa-masa akan datang.

Sekian.

Tuesday, March 10, 2009

SAITO COLLEGE....

Pada 6,7,dan 8 hb Mac baru ini satu lagi program telah diselenggarakan oleh Team TACT. Kali ini program yang dijalankan adalah bersama pihak dari SAITO COLLEGE. Kira-kira seramai 32 orang dari pihak SAITO college terdiri dari peringkat Director hinggalah ke pegawai pemasaran telah terlibat dalam program tersebut.

Banyak aktiviti yang telah dilakukan dan aktiviti yang dilkukan bukan sahaja dai pihak Team TACT malahan dari pihak SAITO sendiri telah melakukan beberapa aktiviti yang menarik.

Apaaa yang penting...!?? Kerjaaa..sama...!!!

Susah.......bagi mereka bukan alasan........

Segala Cabaran.... mereka sahut dengan kejayaan...

Setiakawan.... menjadi tunjang...

Semangat mereka..... sentiasa tinggi...

Bagi mereka.... tiada yang mustahil......!!!


Sesuai dengan objektif program ini diadakan, peserta program telah dihidangkan dengan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan diri dalam melasanakan tugasan ketika bekerja. Selain itu aktiviti yang dilalui peserta juga membantu untuk peserta lebih menghargai antara satu sama lain bagi menghasilkan satu pasukan yang betul-betul mantap. Peserta juga diterapkan dengan nilai-nilai keberanian untuk bertindak apabila melakukan beberapa aktiviti yang memerlukan mereka mengatasi ketakutan dalam diri.

Sepanjang program berjalan, peserta telah menunjukan komitmen dan keiklasan yang tinggi untuk terlibat dalam aktiviti yang disediakan. Dengan komitmen dan keiklasan yang ditunjukan mereka pihak Team TACT percaya mereka ini bakal mencapai target yang telah ditentukan syarikat… malah dengan keupayaan dan flexibility yang mereka pamerkan tidak mustahil mereka akan dapat lebih dari target syarikat.


Team TACT mendoakan kejayaan bagi kesemua peserta program dan Team TACT juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kesudian untuk bekerja sama dengan pihak kami.


ONE TEAM-ONE GOAL......

MILOOOoooo........

Wednesday, March 4, 2009

PROGRAM “KEM SURVIVAL PHYTAS 09”

Pada 26-28 hb Februari lepas, Total Adventure Consulting & Training telah menguruskan satu program anjuran Fakulti Sains Kesihatan,UiTM. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertujuan meningkatkan jatidiri, motivasi diri dan meningkatkan keupayaan ikhtiar hidup.
Para peserta diberi taklimat keselamatan dan ground orientation

Program ini dijalan di Lato Charok, Janda Baik. Ini adalah kerana kawasan Lato Charok hanya menawarkan kemudahan asas sahaja dimana para peserta dari Fakulti Sains Kesihatan akan belajar bagaimana untuk menguruskan diri dalam keadan serba kekurangan. Program ini sengaja dijalankan didalam keadaan serba kekurangan kerana sesuai dengan nama program itu
sendiri “ Kem Survival PHYTAS 09”.

Antara persediaan sebelum menjalankan aktiviti. Stretching dan briefing.

Survival bukanlah satu pendekatan atau tingkah laku yang hanya kita gunakan semasa didalam hutan sahaja. Kita perlu “survive” dimana-mana sahaja. Sebagai contoh, ketika berada di kampus UiTM sendiri, ketika kita dikelilingi dengan kemudahan infrastruktur yang baik, dengan budaya hidup “student life” yang berbagai-bagai, dengan kepadatan jadual kelas ditambah pula dengan aktiviti kolej dan mungkin ada sesetengah pelajar yang terlibat dengan persatuan-persatuan di UiTM….. pada masa ini juga kita perlu “survival” untuk sentiasa dalam kelompok yang tidak ketinggalan dalam pelajaran.


Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah, LOW ROPE COURSE, WATER FALL REPELLING,FLYING FOX, BLIND TRAIL, BASIC SURVVIVAL, TREKKING dan SOLO DROP. Setiap aktiviti yang dijalankan bukan bertujuan semata-semata untuk memberi pengalaman baru kepada peserta, malahan banyak input yang cuba diterapkan kepada peserta dari Fakulti Sains Kesihatan ini sendiri.



Aktiviti low rope yang telah dijalankan bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada peserta bahawa sebagai satu pasukan kita perlu menyokong dan membantu antara satu sama lain untuk melihat kawan kita berjaya. Samalah juga situasi ketika belajar di kampus, malahan halangan yang ada jauh lebih besar ketika melakukan aktiviti low rope tempoh hari…..



Dalam aktiviti seperti Water fall repelling dan solo drop, antara apa yang cuba disampaikan ialah sebagai pelajar di UiTM ada masanya kita perlu memberanikan diri bagi menghadapi cabaran dan dugaan. Kerana ada masanya kita akan bersendirian ketika dilanda masalah dan dugaan. Untuk menjadi seorang yang berjaya kita perlu mengawal setiap perasaan yang ada pada kita dan aktiviti ini mengajar kita pentingnya untuk “conquer our fear”….


Dengan sikap dan feedback yang ditunjukan oleh peserta program “Kem Survival PHYTAS 09” saya yakin mereka ini adalah pelajar yang bakal menjadi produk UiTM yang berjaya. Dengan semangat kerjasama yang ditunjukan semasa aktiviti, malahan semasa makan, semasa bergilir-gilir menjaga malam dan semasa setiap pergerakan disana mereka ini adalah mahasiswa yang berpandangan jauh dan berwawasa.


Saya mewakili Total Adventure Consulting & Training mengucap selamat majujaya kepada seluruh peserta “Kem Survival PHYTAS 09”. TeamTACT juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Sains Kesihatan, UiTM kerana memberi ruang untuk bekerjasama dengan pihak Team TACT. Terima kasih juga kepada pensyarah pengiring yang sanggup meninggalkan keselesaan dirumah dan berjauhan dari keluarga tersayang pada hujung minggu demi memberikan ilmu kepada peserta program. Semoga jasa tuan-tuan dihargai oleh mereka dan pasti keikhlasan tuan-tuan akan dibalas oleh Allah S.W.T.


Sekian. Together Everyone Achives More. TERIMA KASIH