Thursday, July 31, 2008

KENYIR.........!!!


Pada tahun 2002, saya pernah menjalankan latihan praktikal di Tasik Kenyir, berdasarkan pengalaman saya menjalani latihan praktikal di sana dan beberapa kali menganjurkan program disana juga dibantu beberapa sumber rujukan yang saya dapat melalui internet, saya melakarkan blog ini untuk kegunaan ramai….

Atas dasar kasih, informasi ini saya tujukan kepada semua pengemar rekreasi umumnya dan kepada adik-adik yang akan ke Kenyir untuk program Final Camp khasnya……

SEJARAH

Tasik kenyir adalah limpahan air dari 3 batang sungai dari tiga negeri yang yang di tahan. 3 negeri itu adalah Terengganu,Kelantan dan Pahang..

Dibuka kepada umum pada tahun 1983 dan memulakan operasi menjana eletrik pada tahun 1985 (Empangan Hidro Sultan Mahmud)

Kawasan Tasik Kenyir juga telah tercatat dalam sejarah dimana ia menadi pusat tamadun Neolitik. Banyak artifak yang telah dijumpai sekitar tahun 1956 dan 1970an. Antara tempat yang banyak dijumpai peralatan bersejarah adalah di Gua Bewah….. Alhamdulilllah Team Tact pernah kesana untuk melihat sendiri tempat bersejarah yang menarik ini sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

GEOGRAFI
Tasik Kenyir menampung jumlah takungan air yang sangat banyak iaitu 23.6 million cubic meter dengan kawasan paling dalam ialah 130 meter dan keluasan Tasik Kenyir ialah 38,000 hektar menjadikannya tasik buatan terbesar di Asia Tenggara. Terdapat kira-kira 340 buah pulau di Tasik Kenyir dan jumlah ini akan bertambah bila air ditasik ini semakin surut.





SUNGAI

Antara sungai yang mengalir dari utara tasik ialah sungai Siput, Mandak, Petuang, Tembat dan Sg. Terengganu dan antara sungai yang mengalir dari barat tasik ialah, Sungai Belimbing, Ketiar,Papan dan Sungai Kerbat. Sungai yang mengalir dari selatan pula ialah Sungai Lawit, Cenana, Cicir, Perpek, Chacing, Terengganu, Pertang dan Sg. Lasir dan antara sungai dari timur pula ialah Sg. Kenyir dan Galang.

Terdapat kira-kira 14 kawasan air terjun yang sering menjadi tumpuan pelancong dan berpuluh-puluh lagi sungai lain. Antara air terjun yang paling terkenal di kalangan pelancong ialah Lasir, Tembat dan Saok….. antara 3 air terjun ini saya sangat terpikat dengan keindahan air terjun Tembat walaupun kawasan tersebut kurang sesuai untuk mandi kerana pemandangan yang sangat menakjubkan disitu dan sepanjang perjalanan menuju Tembat kita akan sentiasa terpersona dengan pemandangan rimba.

FLORA & FAUNA

Tasik kenyir merupakan satu kawasan hutan tropika yang telah diwartakan sebagai Taman Negara. Kawasan hutan tropika ini menjadi habitat kepada 8000 lebih spesis bunga, 2500 spesis tumbuhan dan 300 jenis kulat. Terdapat juga 800 jenis rama-rama pelbagai warna, 370 jenis orchid, 1000 spesis burung dan 200 jenis haiwan liar.
Pernah juga saya berbual dengan seorang pengusaha sangkar ikan di satu kawasan yang dikenali Sungai Sepat, beliau juga pernah ter Nampak seekor harimau sedang berenang dari satu pulau menuju ke Pulau Besar


Kawasan Tasik Kenyir juga merupakan kawasan tumpuan kepada pemancing yang gemar memancing ikan air tawar. Antara ikan yang selalu menjadi sasaran pemancing ialah ikan Kelah, Toman, Baung dan Sebarau dan lebih 300 spesis yang lain.

Bila menulis blog ini saya teringat satu pengalaman dimana secara “life” saya ternampak seekor gajah sedang berenang untuk ke sebuah pulau yang lain semasa saya sedang mengandalikan rescue boat untuk program Kota Bharu Teacher College (KBTC)……


PULAU POH


Kawasan

Pulau Poh merupakan sebuah pulau yang paling dekat dengan Jeti Gawi. Keluasan Pulau Poh ialah sekitar 34 hektar, Pulau Poh adalah antara kawasan yang lengkap dengan kemudahan rekreasi dan amat sesuai untuk melakukan aktiviti.

Resort

Mempunyai resort yang dikendalikan sepenuhnya oleh Kenyir Santuary Resort (Primula Beach Resort), Pulau ini juga dikenali dengan panggilan KOLA. Ini adalah diawal penubuhannya ia dikendalikan oleh Kenyir Outdoor Leadership Academy. Chalet yang ada di resort ini boleh menampung kira-kira 200 orng dan mempunyai 3 kawasan campsite.

Aktiviti

Antara aktiviti yang sesuai dilakukan di kawasan pulau ini ialah, abseiling dan flying fox kerana terdapat sebuah menara. Selain itu, pengunjung boleh juga mekukan aktiviti low rope course kerana terdapat juga beberapa elemen low rope yang memang disediakan oleh pihak resort. Aktiviti kayak juga boleh dilakukan disini dan seingat saya terdapat kemudahan kayak kira-kira untuk 30 orang. Satu lagi keunikan pulau ini ialah kawasan ‘flooting pool’nya yang menarik dimana pengunjung boleh bermandi didalam pool dengan selamat kerana kawasan pool ini telah dikelilingi jarring dan ‘pontoon’. Lain-lain aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah menjejak, mountain bike, survival, blind trail memancing dan beberapa aktiviti lain…..

Walau bagaimanapun, pada pengamatan saya ada juga aktiviti yang kurang selamat untuk dilakukan walaupun ada kemudahan. Contohnya seperti ‘wall climbing’.ini adalah kerana kemudahan yang ada tidak diselenggarakan dengan baik.

Camping site


Terdapat 3 kawasan yang sesuai untuk dijadikan camp site. Camp site satu adalah kawasan yang paling lengkap dengan kemudahan. Kawasan ini dilengkapi dengan dewan, ‘power supply’, tandas, kawasan khemah, lampu, khemah dapur dan kawasan khemah yang terurus. Kerana terlalu lengkap saya rasa kawasan ini sangat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk program seperti ‘team building’ leadership’ dan lain-lain tetapi kurang sesuai untuk kumpulan yang ingin mekukan educational recreation kerana terlalu banyak kemudahan yang tersedia. Team TACT sendiri telah beberapa kali menguruskan aktiviti dikawasan ini dan PERLU UiTM dan ‘final camp’ pernah dilakukan di camp site ini semasa kawasan ini tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang ada sekarang.

Untuk melakukan program educational recreation, saya berpendapat campsite 3 adalah kawasan yang sesuai. Ini kerana ia tidaklah berada dalam satu zone selesa tetapi cukup untuk kemudahan asas

Satu lagi kawasan ‘camp site’ sudah lama tidak digunakan dan sehingga sekarang kawasan tersebut tidak ada apa-apa kemudahan.


KEMUDAHAN LAIN

Bas

kemudahan lain seperti bagaimana hendak kesana, selain dari memandu sendiri terdapat juga perkhidmatan bas Ekspres Kenyir yang akan terus ke Jeti Gawi dari Hentian Putra dan waktu perjalanan ialah 9.00 pagi dan 9.00 malam. Harga tiket sekitar RM 32.00.

Bot
Untuk perkhidmatan bot pula, sentiasa akan ada ‘botman’ yang akan menunggu pelancong disekitar kawasan jeti. Jika sebelum harga minyak naik, untuk ke kawasan resort harga yang ditawarkan ialah RM 10. Kerana perhubungan yang rapat dengan beberapa ‘botman’ saya InsyaAllah boleh mendapat harga yang lebih rendah dan sekiranya rakan-rakan atua adik-adik dari UiTM hendak ke sana boleh la berbincang dahulu dengan saya atau terus kepada En.Hisyam Che Mat kerana beliau juga pernah tinggal lama disana.

Kedai makan

Ada beberapa kedai makan yang akan buka pada pukul 8.00 pagi biasanya. Antara kedai yang menjadi pilihan saya ialah kedai ‘Kak Lah’ kerana Kak lah adalah seorang yang senang berbincang. Selalunya saya akan minta pada beliau untuk menyediakan sarapan untuk hari pertama kerana selalunya bas yang bertolak malam dari Shah Alam akan sampai awal pagi dan bot masih belum memulakan operasinya.

Kedai runcit

Ada satu kedai sahaja yang menjual keperluan asas disini. “Pertang Island Souvenir Shop” ini biasanya buka pada pukul 9.00am hingga 5.30pm. Saya mencadangkan supaya peralatan asas dibeli lebih awal kerana barangan dikedai ini agag terhad.

Bahan mentah

Untuk bahan mentah pula, biasanya saya berhubung dengan Abang Lah yang mempunyai sebuah mini market di Kuala Berang. Ini adalah kerana beliau juga merupakan pengedar bahan mentah di kawasan-kawasan resort di Tasik Kenyir. Memudahkan lagi bila beliau juga ada menawarkan khidmat penghantaran ke jeti.

Sekiranya ada apa-apa soalan atau masalah seperti ingin mendapatkan 'contact person' atau yang lain-lain boleh la menghubungi saya di talian 019-4400030. Kebetulan adik-adik saya ada yang sedang praktikal disana. Terima kasih...

Wednesday, July 30, 2008

KURANG SUDAH KASIHKU.....................


Niat aku sebenarnya nak ceritakan pengalaman aku semasa menyaksikan perlawanan antara Chelsea menentang pasukan Malaysia……. Bila aku buka blog, aku layan dulu beberapa blog wajib aku lawati…….

Tiba tiba perasaan aku berubah…..aku tutup computer riba aku. Aku duduk melayan diri aku di restoran Khulafah seksyen 7 ni sambil melayan beach volley ball di skrin besar ni…….

Terpikir aku pergolakan dalam PERLU…… Benda benda bodoh yang bermain difikiran aku, kemalangan EL, tentang ada instructor yang bawak awek,tentang kehadiran jijik ANNONAMOUS yang porak perandakan keamanan dan kebahagiaan, tentang perhubungan dikalangan ahli PERLU yang saling tunding menunding,semangat pasukan yang hilang dan antara benda-benda yang lain yang bermain difikiran ku….. Sapa yang akan bantu bos dan beberapa perkara lain…….

Terus aku on kan computer riba aku……………………………..(3.21am)

Tiba-tiba aku rasa kurang sudah kasih aku, tawar sudah hati aku……. Ya Allah….. nasib baik aku ada rakan-rakan PERLU (alumni) yang sentiasa membakar semangat……. Bila cuba bayangkan macam mana En. Hisyam Che Mat menjaga persatuan ini sebagai penasihat sejak dari penubuhannya, semangat yang hilang kembali semula, tetapi kasihku kepada persatuan tak lagi seperti dulu…….. (mungkin musim kemarau). Harap semuanya kembali seperti biasa dan kasih sayang ku akan lebih dari dulu……….

Monday, July 28, 2008

KELUARGA BESAR.......KU..




Pada 25hb Julai 2008, beberapa program rekreasi telah di jalankan serentak di Taman Pertanian Bukit Cerakah.... Antara program yang dijalankan ialah Introduction Camp (pelajar diploma semester 2), Train Of Trainer(PERLU) dan Introduction to Orienteering( pelajar ijazah semester 3 ).......

Objektif ketiga-tiga program tersebut dijalankan semestinya untuk mencari ilmu dan pengalaman.... ilmu yang tidak mungkin kita akan dapat didalam kelas.... ilmu yang tak mungkin kita dapat dengan hanya membaca buku dan pengalaman yang tak mungkin kita akan lalui seumur hidup jika tidak mengikuti program ini kerana sudah tentu kita akan dapat pengalaman dan ilmu baru dalam setiap program yang berlainan......

Dalam proses mencari ilmu dan pengalaman dengan membantu En.Hisyam Che Mat untuk menjalankan aktiviti pelajar dan mencari pelapis baru untuk meneruskan perjuangan yang di juangkan PERLU selama ini, kesempatan ini juga digunakan untuk mengukuhkan lagi ukhuwah yang sudah sedia terjalin.....Satu aktiviti seligan iaitu "kenduri pulut durian" telah diadakan dan Alhamdulillah semua yang terlibat dengan semua program selain Boyington dan Sofuan yang memang tak makan durian dapat merasa penangan pulut durian tersebut......

Semoga semangat untuk menambah ilmu,pengalaman dan merapatkan silaturrahim yang begini sentiasa membara dikalangan setiap ahli PERLU.......AMIN.....

Friday, July 25, 2008

KURANG BELAJAR......ATAU KURANG AJAR........

Malam tadi, kira-kira pukul 2000, 24hb 7 kami (instructor PERLU) telah berkumpul untuk mengadakan final check-up bersama kumpulan pelajar diploma semester 2 yang akan menjalani first camp iaitu latihan amali wajib bagi semua pelajar yang mengambil subjek Outdoor Recreation.......... Tunggu punya tunggu pukul 2100 tak dapat kumpul semua pelajar lagi.... jadi semua instructor mengambil kata putus untuk meneruskan perjumpaan dengan mana yang ada....

Boyington memulakan perjumpaan dengan beberapa soalan cepu emas.... dan dialog semasa perjumpaan adalah seperti berikut.......

Boy : mana yang lain....ramai lagi yang tak datang ni.....???

pelajar A : Ada kat bilik.....

Boy : Call mereka, berapa minit boleh suruh mereka datang...?

Pelajar A : Diorang sibuk....

Boy : Buat apa....? Ingat kami tak sibuk ka....?

Pelajar A : Buat buku program.... nak kena antar esok...

Boy : Masa lain tak boleh buat.... kenapa tak buat petang tadi...

Pelajar A: Itu saya tak tau..... (menjawab dengan tidak memandang pada Boy)

Boy : Kalau awak rasa awak takda masa, saya pun

takda masa......saya pun tak mandi lagi ni..... janji pukul 8.00, dah pukul
8.00 barula nak pegi beli touch light..... macam mana ni.... (lebih kurang
mcm ni la Boy cakap... saya pun tak berapa ingat)

Pelajar B: Saya tak sempat tadi......

Boy : Klau tak sempat, tak boleh pesan kat kawan ke......

Pelajar B: Tapi tu barang individu....

Boy : Apa salah.... Kalau barang individu tak boleh mintak tolong kawan ke....

Mana team work..(boy tanya pada peserta lain)

Pelajar B : Encik tak paham.... saya sibuk... saya banyak lagi kerja lain.... saya

bukan nak buat benda ni je..... Banyak lagi kerja luar.....

Boy : Kerja luar pun.... tak boleh mintak tolong kawan belikan touch light ke.....

Pelajar B : (terkumat-kamit mulut pelajar B, sambil merampas sebembat nota

dari kawan yang duduk disebelahnya.... saya kira itu adalah satu
reaksi protes dan saya tak dapat mendengar apa yang dikatakan
pelajar tersebut....)

Boy : Kalau awak rasa awak takda masa, kami pun macam tu..... kalau wak letih,

kami pun macam tu....kami pun paham awak letih...

(tiba-tiba percakapan Boy telah dicemari oleh suara dari seorang pelajar)

Pelajar K : Memangla...( sambil memandang kearah tools box yang dipegangnya

dan mengodek-godek tools box tersebut....)

Saya : Boy, bagi aku cakap kejap (bisik saya pada boy)

Saya : Assalammualaikum dan selamat malam.... saya tak berniat nak bercakap

panjang tetapi saya memerlukan perhatian ( kata saya sambil memerhati
gelagat "pelajar K" yang tidak menghiraukan apabila saya meminta
perhatian...) saya cuma perlu kamu supaya tidak bersikap kurang ajar....

Saya : Hoi......!!!!! (jerkah saya...... ) bila saya bercakap pandang

saya.......jangan tunjuk kurang ajar kamu......(sambil memandang kearah
"pelajar K" dan saya mendapat respon yang baik dari beliau yang
memandang tepat pada saya dan diiringi senyum sinis dan ketawa kecil....
macam ketawa orang power laa.....)

Saya : Awak jangan nak ketawa atau senyum sinis dengan saya ya..... ni

instruktor yang ada kat depan ni semua nak tolong kamu.... jangan tunjuk
kurang ajar kamu....


(habis saja ayat tu..... 2 orang pelajar mencelah untuk bercakap, Pelajar B dan pelajar K, saya suruh pelajar B diam dulu untuk bagi laluan kepada pelajar K......)

Pelajar K : sekarang ni kami letih....... jadi kalau abang rasa tak boleh nak

tolong kami takpa....kami boleh buat sendiri...... kami pun memang
nak buat sendiri.... kami memang nak belajar buat sendiri....

Saya : ok.... kalau itu yang awak kata.... kami akan bincang...... tapi perlu ke

awak bersikap kurang ajar.....??? Awak main apa....? ( tanya saya pada
seorang pelajar dengan cara yang agak kurang ajar)

Pelajar : Softball

Saya : Siapa tentera disini??? ( tanya saya dalam intonasi yang juga agak

kurang ajar)

Pelajar : saya....

Saya : Jadi kalau kita nak main softball mungkin kita akan rujuk pada awak

(sambil menunjuk kearah pemain softball tadi)...... kalau didalam bidang
ketenteraan mungkin kami akan rujuk kamu (sambil menunjuk kearah
pelajar yang berkhidmat dalam tentera tadi)

Saya : tapi sekarang kamu nak masuk ke bidang rekreasi...... apa salah kalau

kamu rujuk pada mereka yang mungkin ada sedikit kelebihan dari
kamu.... (sambil menunjuk kearah instructor) Mungkin mereka masih
muda dan lebih muda dari sebahagian dari kamu.....tapi bukun umur yang
kita ukur.... kita cuma nak kongsi pengalaman dan ilmu yang ada...

Saya : kamu marah bila saya jerkah kamu......(tanya saya pada pelajar K)

Pelajar K: Saya boleh terima, tapi terus terang memang saya rasa marah........

Saya : Kurang ajar tak cara saya tanya "Awak main apa?" dan "Sapa tentera?"

tadi...?

(tanya saya pada 2 orang pelajar yang saya ajukan soalan tadi)

Pelajar : Ya.... (jawab mereka serentak)

Saya : Apa perasaan kamu bila orang kurang ajar dengan kamu.... (tanya saya
pada semua)... Marah tak???

Pelajar : Marah....!!! ( jawab setengah dari mereka )

Saya : itulah yang berlaku pada instructor yang ada didepan ni..... bila awak
kurang ajar kami pun marah jugak.... janji pukul 8.00.... pukul 9.00 ada
lagi yang tak datang..... bila orang cakap menjawab....... ingat kami tak
da kerja lain ka.... tapi kami datang jugak pukul 8.00 sebab nak
tolong......

Saya : Saya mintak la supaya awak hormat sikit bila ada orang cakap di depan
ni..... itu saja saya mintak..... jadi saya akhiri dengan Assalammualaikum,
Selamat malam dan MAAF jika terkasar.........

(terus saya serahkan pada Boy semula unuk menyambung perbincangan merka.......)

Apa yang ingin saya gambar kan disini ialah kenapa adik-adik ini boleh bersikap macam ni.....Apkah mereka kurang belajar atau "K" (kurang ajar).......ataukah mungkin mereka terlalu penat sampai memaksa mereka bersikap "K"......

Tetapi saya juga ada pengalaman semasa membuat persiapan first camp dan final camp..... tapi tak pulak melawan macam tu.... mungkin zaman saya semuanya penakut atau mak bapak kami ajar kami dengan baik supaya tak melawan guru kot.....

Belum lagi ke first camp dah tunjuk belang....... macam mana la agaknya taring mereka semasa first dan final camp nanti ye...... harap-harap mereka ni jenis yang cepat belajar.......... AMIN.....


Wednesday, July 23, 2008

ORANG BAIK SELALU DIDUGA......


Kira-kira jam 0715, 23 July ketika saya sedang asyik melayan history channel dirumah..... Abg. Malin call saya dan mintak saya kerumah Cik Sue di seksyen 7.... "Hang pi umah Cik Sue sat... Cik Sue call abang kata kereta dia kena pecah.....". Tanpa membuang masa, terus saya memecut menggunakan motor Mus, pada kiraan saya naik motor lagi cepat...... sesampainya disana saya call Yazilah.... rupa-rupanya Yazilah dan Cik sue dah ada kat bus stop... tunggu bas nak ke baalai polis..... terus saya suruh tunggu saya balik ambil kreta....
Ketika saya dalam perjalanan menghantar Cik Sue dan Yazilah....beliau mengadu nasib pada saya..., marah ada, sedih ada, terkejut pun ada katanya.... Semasa perjalanan pulang sempat juga Cik Sue berkata pada saya " dah lah tengah sedih Yazilah nak balik Johor.... Jadi macam ni pulak..... Hai... orang baik ni memang selalu di duga...." kata Cik Sue berseloroh.....
Apa yang boleh saya katakan di sini, SABAR.....SABAR....

Tuesday, July 22, 2008

PACAT......HAKIKAT RIMBA....

Pada 19hb Julai sekali lagi Team TACT telah ke Janda Baik untuk mengendalikan program waterfall abseil dan flying fox..... Group kali ini adalah dari Sek. Men. Sri Aman, sebuah sekolah dari daerah PJ. Semua 41 orang pelajarnya perempuan, 3 orang guru pengiringnya juga perempuan...
Semasa Mus dan Black memulakan sesi briefing, saya dan Yasir sudah memulakan perjalanan ke air terjun 6. kira-kira 25 minit kami sampai di air terjun 6.... mengambil masa kira-kira 15 minit untuk setup tali... setelah hampir 30 minit menunggu barulah kedengaran suara adik-adik dari sekolah Sri Aman...
Sesampainya mereka saya memulakan ucapan tahniah dan selamat datang.... melihat gelagat mereka yang terlompat-lompat dek kerana pacat yang singgah dikaki mereka, saya mengambil kesempatan untuk mengulas sedikit input yang tersirat sepanjang perjalanan treking mereka.... saya menjelaskan pada mereka, betapa kadang-kadang kita lupa untuk memandang ke bawah apabila kita berada diatas..... disini didalam rimba... didunia yang kita ini kerdil kita terpanggil untuk memandang kebawah hanya kerana seekor pacat...... hanya kerana seekor pacat kita terlompat-lompat, terjerit-jerit..... jadi bila kita pulang ke dunia kita nanti pandang-pandang la kebawah kerana mungkin ada yang merayu dan memohon pertolongan kita seperti si pacat yang merayu untuk megisi perutnya.......
Selepas taklimat ringkas itu semuanya berjalan dengan lancar dengan adik-adik yang menunggu giliran melihat aksi kawan mereka di tengah-tengah air terjun sambil bermandi-manda dan sekali lagi saya pesan kepada mereka supaya jangan lupa "pandang-pandang ke bawah" semasa turun dari air terjun.......
Mungkin inilah sedikit sebanyak yang boleh kita renungkan HAKIKAT yang ada di RIMBA.....

Saturday, July 19, 2008

EPISOD TERAKHIR

CAMP CRAFT

Bunyi macam senang….. masa latihan amali macam mudah…..tapi saya silap…. Dengan kekuatan seramai 90 orang peserta kami masih tidak Berjaya mendirikan khemah pusat pada pukul 8.00pm, bukan itu saja… lampu pun masih tak menyala….saya masa tu sibuk di gigi sungai dengan masalah “water pam” saya….engine tak cukup kuat untuk menolak air untuk naik keatas bukit…. Macam-macamlah masalah kami….. Alhamdulillah pada pukul 10pm kami Berjaya mendirikan khemah dan menyalakan lampu…. Kira-kira jam 10.30pm barulah kami dapat mengisi perut kami dengan makanan….

MELUAT

Meluat, benci,menyampah dengan kerenah instructor masa tu…..nak makan pun susah..kami kena tunggu semua peserta masuk dalam khemah pusat, dah semua masuk nak kena tunggu instructor pulak…. Dah cukup semua…..ingat dah boleh makan… Sial…. Masih tak boleh makan….sebab tak susun kasut…. Tadi taknak cakap. Dah susun kasut, air basuh tangan untuk instructor pulak jadi isu… apa punya bangsat la diorang ni…. Itu lah yang keluar dari dalam hati saya masa tu….

KERJA

Lepas makan, kami terus buat kerja. Banyak lagi kerja kami tertangguh…. Tandas, lubang sampah, khemah penempatan, khemah peralatan semuanya dibuat dalam satu malam……kira-kira jam 5.00 pagi barulah kami siap sebahagian dari kerja kami….

AKTIVITI

Program kami secara tersuratnya dipadatkan dengan beberapa aktiviti…..trialing traverse, tubing, trekking, low rope, survival, camp craft, menjejak, LM,rafting dan pengurusan perkhemahan….

MENGAPA

Setelah penat membuat aktiviti kami disuruh membuat itu dan ini…. Kami didenda sekiranya kami lambat beberapa saat sahaja…. Saya masih ingat kem komandan saya pada masa tu “K panjang” dengan lagaknya yang meluatkan saya sama lah dengan instructor lain….. BENCI AKU…. Tidur pun tak cukup….terfikir jugak saya kenapa tak diberikan masa tidur yang cukup…??? Masa tu saya rasa program seumpama tu memang talk relevan….. langsung tak relevan….bila tidur tak cukup macam mana nak buat kerja…. Dah la aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti yang berisiko…. Tak pikir ka…???

TAK BOLEH LUPA

Setiap hari yang dilalui semasa program final camp mustahil untuk saya lupakan… tetapi dalam pada itu ada peristiwa yang paling saya tak boleh lupa…. Pada hari terakhir…. Ketika kami selesai memuatkan semua peralatan yang telah digunakan semasa program untuk dibawa pulang ke Shah Alam…saya bersama 2 lagi rakan saya terhidu peluang terbaik untuk kami melepaskan gian kami untuk merokok… dikala semua orang sedang sibuk mengemas barang, saya dan kawan merapati seorang boat man yang memang berada dikawasan itu…. Dengan penuh berhati-hati kami meminta sebatang rokok dari boat man tadi dan dengan selamba dia menghulur 2 batang…. Dengan pantas dan gembira kami beredar dengan ucapan terima kasih….
Kami pun mencari “port” yang sesuai….belakang sebuah stor engine bot menjadi pilihan kami…. Dengan rasa selamat rokok pun diletakan di mulut… baru nak cucuh…tiba-tiba saya ternampak muka seorang instructor, Ema….Ema Shamsida…mampos…. Memang mampos… itulah ungkapan saya ketika dia memandang kearah kami….. tak sampai 15 minit semua dipanggil berkumpul… SAPA MEROKOK DALAM KEM SAYA…??? Lebih kurang itulah soalan yang keluar dari mulut En. Hisyam Che Mat… suasana bsing dengan bisikan yang tertanya-tanya.. “sapa pulak yang hisap rokok ni…?” tanya kawan-kawan. Kami senyap walaupun ada mata yang memandang kam….. selepas beberapa kali ditanaya soalan yang sama, kami memberanikan diri untuk keluar dan mengaku kesilapan…..
Dipendekan cerita kami telah didenda dan saya rasa amat terhina degan hukuman yang diterima…. Semua peserta lain dikehendaki berdiri dengan membengkokan kaki dan mendepakan tangan sambil melihat kami menjalani hukuman…… satu upacara simbolik telah dilakukan….mungkin meraikan kecekapan instructor yang berjaya menangkap kami……dalam upacara simbolik itu kami telah dibaling dengan jala dan dibawa mengelilingi kawan-kawan yang lain….. selepas itu tangan kami diikat kebelakang dan beberapa batang rokok dicampak keatas tanah….. kami diarah mengutip rokok tadi dengan mulut…kemudian mencucuh rokok tadi di unggun api yang telah disediakan…… habis rambut depan saya terbakar…..
Sepanjang perjalanan pulang dan sepanjang proses menghabiskan saki baki program, saya hanya mampu berdiam sahaja…. Tapi sempat juga saya meminta maaf pada En. Hisyam Che Mat diketika itu…….

Begitulah serba sedikit cerita pengalaman saya di final camp…… walaupun bunyi macam tak setuju, macam marah,terutama kepada PERLU, tapi kenapa? APA SEBAB? Saya sekarang aktif bergiat dengan persatuan yang pernah saya benci, saya meluat dan pernah saya katakan persatuan yang tidak relevan…… Mungkin masa itu saya masih mentah untuk membezakan yang betul atau salah, yang putih atau hitam, masih tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata…. Alhamdulillah sekarang saya yakin dengan keputusan saya……

Friday, July 18, 2008

TAK TAU APA YANG DITUNGGU...!!!

Apabila tiba hari yang ditunggu-tungu…..habis sahaja peperiksaan semester…dikala orang lain seronok meraikan cuti semester kami semua semakin berdebar-debar menunggu kemuncak perjalanan subjek “ Outdoor Persuit” kami…. Lebih kurang 90 orang peserta, 20 puluh orang instructor, 1 orang semboyan (Askar Melayu kem 505) 2 orang pensyarah pengiring (En.Hisyam Che Mat dan Cik Suhana Aiman) dan seorang tetamu jemputan (Dr.Anuar Suun) bergerak ke Tasik Banding Grik….. perjalanan kami pada hari pertama berakhir di Pekan Grik. Kami bermalam di Dewan Serbaguna Grik…..
Di sini saya lah yang menjadi tumpuan…… boleh dikatakan setiap lima minit nama saya akan dipanggil….. (Pengarah Program la katakan….) saya menjadi orang tengah diantara instructor dengan participant…. Semua arahan instructor kepada participant akan melalui saya dan semua permintaan dari participant juga akan melalui saya….. selepas sport check kami di benarkan tidur menunggu hari esok untuk bergerak ke Pos Chiong, Sg.Sara,Tasik Banding…….

HARI YANG MENYEKSAKAN

Pada jam 5.30 a.m kami sudah bangun untuk mempersiapkan diri…. Solat, mandi, dan sebagainya….. bagi kami mungkin inilah peluang kami untuk melepaskan hajat di tandas dengan selesa untuk tempoh 10 hari lagi…..
Pagi tu kami sibuk menguguskan keperluan logistic kami, ada yang sibuk mengambil bahan mentah di kedai berhampiran yang telah di “sponsor” oleh ahli Parlimen Grik pada masa itu (Dato’ Kamsiah Yeop), ada yang sibuk membeli petrol di stesyen berdekatan dan masih segar di ingatan saya yang ketika itu sibuk “mengepam” tube untuk aktiviti tubing di Sg.Sara…… kira-kira jam 9.30am kami bertolak ke jeti 2 Tasik Banding…..
Kira-kira ½ jam perjalanan kami sampai ke jeti…. Kami memunggah semua peralatan kami ,(2 lori) dan barang yang terdapat dalam bas…. Nasib kami agak malang kerana bas tidak dapat masuk dan kami terpaksa berjalan kira-kira 700meter untuk memunggah barang….. selepas semua peralatan selamat di pindahkan ke dalam bot kargo (2 biji) kami terus bertolak ke Pos Chiong……
3 jam saya didalam bot kargo…akhirnya sampai ke tempat yang dituju…. Hanya saya seorang sahaja peserta yang pernah membuat survey ditapak berkenaan..jadi tidaklah mengejutkan saya…. Tapi rakan2 yang lain nampak amat terkejut…..sekali lagi kami terpaksa mengerah tenaga kami untuk memindahkan berang2 kami…. Kami terpaksa membuat human chain untuk memindahkan barang dimana kami terpaksa mengakut barang naik ke bukit yang curamnya lebih kurang 75% dan jaraknya lebih kurang 200meter…. Bayangkan lah bagaimana kami mengangkut tangki air,generator pole khemah pusat dan lain-lain barang……
Setelah penat mengangkut barang kami mula untuk aktiviti pertama iaitu camcraft……

ANJAKAN PARADIGMA

Berlarutan sehingga semester 3 segala-galanya berubah……… kami di semester ini terpaksa mengambil satu subjek “outdoor persuit”…. Di ajar oleh seorang pensyarah En. Hisyam B. Che Mat…. Seorang yang tegas…kata2nya pedas….. membuatkan ramai pelajar yang takut pada beliau…Beliau juga disokong sekumpulan pelajar yang berpesatuan (PERLU).
Dalam subjek ini kami akan diajar teknik2 berkhemah dan menjalankan aktiviti rekreasi dengan detail…..antara syllabus kami ialah knotting, abseiling, flying fox, low rope, survival, berkhemah, trekking, menjejak, Bantu mula (first aid), berenang, berkayak, berakit dan pegurusan rekreasi…… kesemua proses pembelajaran ini bukan senang…….. untuk menamatkan subjek ini…selapas satu semester kami semua diuji dengan satu camp iaitu “ FINAL CAMP”
Saya telah dilantik untuk menjadi pengarah program untuk Final Camp yang masa itu telah ditetapkan oleh En. Hisyam dan instructor PERLU di Tasik Banding….. dari proses pengurusan lagi saya sudah merasakan bahangnya camp yang bakal berlangsung selama 10 hari ini…….. kami di maki tak kira dimana perjumpaan dibuat dengan ahli PERLU…. Pernah juga perjumpaan di buat di sebuah kedai makan di Seksyen 19, Shah Alam…… Proposal kami dicampak dan kami disuruh balik begitu saja…. Maklumlah bukan senang kami nak kesana…bukan semuanya ada transport sendiri… kami terpaksa ulang alik 2 atau 3 kali untuk pastikan semua AJK hadir…kerana tak cukup sorang perjumpaan tidak akan dilakukan…. Apakan daya… walaupun MELUAT dan MENYAMPAH dengan semua instructor PERLU kami terpaksa tahan juga kerana setiap kali kami cuba untuk rujuk pada En. Hisyam…penghujungnya kami diminta berbincang denga PERLU…….

Wednesday, July 16, 2008

TERJERUMUS

Dipendekan cerita selepas beberapa tahun menamatkan zaman sekolah saya telah melanjutkan pelajaran di beberapa IPT (UNITI,YPM & UiTM)….. Alhamdulillah…di UiTM saya kekal lama dan Berjaya menatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (HONS) dalam jurusan Sains Sukan….
Permulaan perjalanan hidup di kampus UiTM ini memang tidak dapat saya lupakan….. bermula December 2000….saya dan kebanyakan student Sains Sukan (FSR) ditempatkan di kolej PERINDU 4…. Semester satu sepatutnya menjadi sem penting untuk semua pelajar skor untuk CGPA yang tinggi…. Tapi di fakulti kami sem satu merupakan semester honey moon… semester inilah semua orang sibuk menyesuaikan diri dengan kehidupan social yang baru….. ada juga yang mencari jaodoh…lain pula ceritanya dengan group kami….MAT REMPIT….motor sapa paling laju…aksi sapa paling bagus…. Sapa cilok paling bagus….motor sapa make up paling cantik… itulah kegilaan kami…. Hari2 Dataran Merdeka…. Paling kurang Dataran Shah Alam…. Selain itu Projet 13 juga menjadi tumpuan group kami…